TUHAN TOLONGLAH AKU
The Truth ft. Aniq Muhai
Lirik : Adnin Roslan & Akmal Mustafa
Lagu : Adnin Roslan & Akmal Mustafa
Lukisan : Hono san
Video : Azeem Razali
TARBIAH SENTAP RECORDS
VERSE:
Dalam hidup ini tiada suatu yang sempurna
Pasti ada masanya aku terjatuh berkali terjatuh
Ketika itu hanya Kau tahu
Apa yang terbuku di hatiku
Jauh di sudut hatiku aku malu untuk menghadap-Mu
PRE KORUS:
Tiada sehelai daun pun yang gugur
Di muka bumi tanpa ketahuan-Mu
Engkau tahu apa yang aku laku
Tika ku keseorangan
KORUS:
Tuhan tolonglah aku
tutuplah salahku
jangan kau buka aibku
tuhan tolonglah diriku
maafkan aku
Ampuni salahku
Kadangku menangis
adakah Kau terima amalku
VERSE 2:
Sekiranya dosa
yang ku laku punya aromanya
Nescaya akulah manusia
yang paling dijauhi semua
Namun semata kerna rahmat-Mu
Masih ada yang menyayangiku
Andai mereka tahu aibku ini,
pasti ku disisih
PRE KORUS 2:
Yang ku takuti walau amalku beribu
Pada-Mu bagai berterbangannya debu
Kerana tanpa malu ku durhakai-Mu
Tika ku keseorangan
KORUS 2:
Tuhan tolonglah aku
tutuplah salahku
jangan kau buka aibku
tuhan tolonglah diriku
maafkan aku
Ampuni salahku
tuhan jangan tinggalkanku
ku perlukan-Mu
dalam jalan hijrahku
CHORUS:
Tuhan tolonglah aku
tutuplah salahku
jangan kau buka aibku
tuhan tolonglah diriku
maafkan aku
Ampuni salahku
tuhan sungguh ku merayu
belas dariMu
dalam jalan hijrahku
Allah sayang kita.
Sebab itu Allah tutup aib kita.
Kerana Allah nak bagi peluang pada
kita untuk kembali kepadaNya.
Ya, peluang demi peluang.
Namun sejauh manakah kita menghargainya?
Semoga Allah beri kita kekuatan
untuk meninggalkan
segala maksiat yang masih besarang d
alam hati kita semua..
Ameen!
No comments:
Post a Comment