Tuesday, June 8, 2021

3rd EBOOK


Bismillah Walhamdulillah...


Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk menulis di blog kesayangan ini.

Jam 4 pagi - 8 Jun 2021 bersamaan 27 Syawal 1442.

Terlalu banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan umi sejak akhir2 ini. Jika ditulis rasanya boleh buat ebook sebiji.hehehe.

Umi sudah tertidur selepas isyak sebenarnya sambil hayun baby Jumaanah.


Rutin kami anak beranak setiap hari sempena Total Lockdown.

Bangun pagi untuk solat subuh berjemaah diimamkan oleh Faqehuddin. Alhamdulillah semua anak2 umi dikejutkan dengan pelbagai cara dan pelbagai ragam memasing. Biasanya umi akan ambil masa dlam 15minit untuk setelkan kebangkitan mereka dari lena. Puaslah umi bersilat bagai..hehe.

Biasanya yang bangun awal dan sudah bersiap awal, umi akan suruh solat sunat sebelum Subuh dahulu. Setelah itu solat Subuh berjemaah. Setelah habis yang mana masih 'hidup' akan baca Ma'thurat berjemaah. Yang mana 'tewas' akan bergelimpangan mengelilingi bulatan kasih sayang walau mata tertutup rapat, namun hati mereka terbuka (harap2nya). Dan biasanya yang kekal hidup adalah Hurul Jazlah, kerana dia yang paling tidur awal selepas isyak sudah selamat beradu.

Yang lain biasanya akan mengantuk kerana tidur lewat. Haish geram sungguh umi. Namun Abang Faqeh akan tanpa gagal bacakan doa Rabithah setelah habis ma'thurat. Alhamdulillah!

Selepas itu kami akan baca Surah Ar Rahman dan Al Waqiah. Yang mana masih hidup.Biasanya memang umilah yang terus membacanya...heheh


Setelah itu umi akan ber WFH terus. Manakala anak2 melayari bahtera kehidupan di alam mimpi. Jazlah biasanya tidak tidur. Tukang bagi ikan makan. Faheem akan dikerah menyiram pokok dan akan berebut memilih pokok di hadapan atau di belakang rumah dengan Faseh.

Kalau stok barang basah sudah habis umi atau Faqeh akan ke pasar untuk membelinya. Setelah makan tengahari, solat zuhur berjemaah. Setelah Zuhur, Kak Jannah akan bacakan kita Fadhilat Amal. 

Selepas itu aktiviti bebas, umi akan sambung WFH, anak2 yg lain bebas berkeliaran berkejaran bermandian di sekeliling rumah.hehehe

Asar berjemaah. Lagi sekali akan baca Ma'thurat berjemaah. Masa ini alhamdulillah semua hidup berbanding waktu Subuh ada yg berada di alam lain.hehe. Biasa masa ini akan diguna anak2 untuk bermain di sekitar rumah sambil umi bercucuk tanam melihat pokok2 di sekeliling rumah.

Selepas asar, aktivit wajib Faqeh membuang sampah. Setiap hari tanpa gagal!alang2 blh bawa motor katanya..hheehe

Maghrib berjemaah.Solat sunat taubat dan hajat akan dipimpin oleh Faqeh. Setelah itu akan baca Yasin dan Al Mulk.Doa selepas yasin akan dibaca oleh Faqeh. Sementara menunggu isyak, anak2 akan muraja'ah bacaan memasing. Selepas isyak akativiti bebas memasing.

Biasa umi akan tidurkan Jumaanah dalam bilik. Dan biasanya dengan umi2 akan terlena dibuai mimpi2 indah..hehe

Alhamdulillah..inilah rutin kami sekeluarga sepanjang musim lockdown ini. Rahmati dan berkati kehidupan kami sekeluarga ya Allah.

Mencarik mood untuk siapkan ebook seterusnya sebenarnya. Seminggu proses untuk memilih2 gambar utk diletakkan dalam ebook. Dan setiap kali memilih gambar, pastinya akan ada mata yg bening dan akan mengalir air jernih keluar dari kelopak mata umi. Sungguh kerinduan ini tidakkan pernah padam




Riiiiindu pada pengirim kad dan bunga segar ini. 
Tarikhnya 29.4.2017. 
Ya..kali pertama umi dapat bunga di hari lahir dan rupanya juga merupakan kali terakhir. 
Allah2. Rahmati abi.




Ini ketika berada di HUSM. 
Abi banyak tidur kerana kesan ubat chemo sebenarnya.

Cukuplah sekeping gambar ini dahulu.
Mencari kekuatan untuk mengupload gambar dan bercerita.
Ya Allah, beri aku kekuatan untuk meneruskan penulisan ini.

4.30 pagi
Bintang2 sudah terlihat.
Mohon permisi dulu.
Esok Faseh raya6,
Nasi kampit sudah direbus.
Esok buat kuah kacang ayam '
macam tokma buat katanya.
Bai.
Bayty Jannaty.
Chonang Jaya.


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com