Tuesday, February 2, 2021

Bila rindu bertamu...


Bismillah Walhamdulillah

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini.

Memandang dan menghadan dalam2 kata2 di atas..meruntun jiwa nurani sebenarnya.
Umi sebelum ini tidak mampu utk mengupdate gambar pusara 
atau up tentang kerinduan di status wasap.

Dan kelmarin merupakan hari yang bersejarah, 
pertama kali memuatnaik gambar ini.
Itupun di blurkan.
Caption di dalamg ambar ini ..
dari lirik lagu nasyid yang menjadi ringtone henset umi.
Ada di sini.

Bila rindu datang bertamu...
Memang tidak dapat dibayangkan perasaan tersebut.

Oklah umi nak cerita tentang hari semalam..
Bangun awal seperti biasa.
Keluarkan ayam dari peti. Frostkan sekejap.
Solat dan baca ma'thurat berjemaah, alhdmulillah.

Habis solat, umi kukus ayam.
Goreng nasi lebihan semalam.
Masak nasi ayam, minta Faheem ambik daun pandan.
Haish xkenal2 daun pandan..hehe.

Tinggalkan anak2 di bawah jagaan Allah.
Kak Jannah & Abg Faqeh dah boleh diharap, alhamdulillah.

Sarapan pagi dan lunch ready utk mereka.
Umi balik petang nanti, mereka panaskan aje.


Selesai semua urusan dapur, panaskan enjin kereta.
Tengok kereta kotor.
Spoil sikit mood.
Pesan Faqeh tolong basuh kereta umi. 
Pujuk mood dengan siram pokok2 bunga.
Tengok bunga mekar wangi berkembang dapat baiki balik mood.hehe

Ke ofis juga hari ini, walau nama naik utk WFH.
Banyak tugasan yang perlu di selesaikan.
Officemate lak kena kuarantin.

Umi cuba selesaikan apa yang mampu umi selesaikan.
Program besar Bulan Februari.

Balik kerja, umi singgah di pusara abi.
Alhamdulillah bahagia tengok pokok yang baru umi tanam hidup segar.
Allah2..kebahagiaannya hanya Allah sahaja yang Tahu.
Rumput2 disekeliling pusara baru dipotong.
Terlihat kemas dan bersih.
Namun sayu di hati tiada dapat digambarkan.

Moga Allah permudahkan, insha Allah.

Oklah , nak undur diri.
Setel sikit keje utk meeting program esok.
Habis mtg, app dengan TSG di ofis mrk.

Markah student tak setel lg.huhu
Mggu ni dah due datenya.
Moga Allah permudahkan!

Bye!
02022021
19 Jamadil Akhir 1442.
Ngantuk lak! Nak tidur arr..hehe
 

1 comment:

tanpa nama said...

Bila rindu datang bertamu
hati akan diragut penuh pilu
Semakin lama semakin keliru
Makin dibiarkan makin bercelaru

Bila rindu datang bertamu
Usah dibuai perasaan keliru
Ingatlah Kuasa yg Maha Satu
Dialah segala2nya yg jadi penentu

Bila rindu datang bertamu
Mata terpejam terbuka mata Qalbu
Berdoalah kpdNya dgn penuh syahdu
Dengan izinNya cintamu bakal bersatu

~tanpa nama~

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com