Saturday, January 30, 2021

SABAR & YAKIN


Bismillah Walhamdulillah
Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah pada saat ini.

Terlalu banyak kekalutan di dalam hidup ini sejak akhir2 ini.
Membuatkan umi agak terleka dengan kehidupan ini.
Allah masih sayangkan umi sebenarnya.
Pelbagai peringatan dan teguran yang Allah hadirkan kepada umi.
Semoga redha Allah sentiasa ada bersama2 umi.

12.00 thari. 
Berada di wakaf umi. Sambil mendengar lagu 
Pamit- Broery Marantika
Hanya Rindu - Andmesh
Kelmarin - Seventeen

Semuanya menggugah keimanan..
Meruntun jiwa dan kalbu
Mampu menitiskan air mata kerinduan
Mampu meletakkan perasaan aku dalam keadaan berbaur2
Pelbagai perasaan menerpa masuk.
Berfikir apalah hikmahnya yang Allah ingin tunjukkan padaku.
Apakah mampu untukku hadapi segala ribut petir kehidupan ini.
Sedangkan amal ibadah bekalanku hanya sedikit berbanding dosa yang menggunung tinggi.
Allahuuuu ampuni hambaMu yang lemah tak terdaya.

Aku cuba melaksanakan segala perintahMU yang wajib mahupun yang sunat.
Namun ujianMu seringkali membuatkan aku tewas.
Tewas dengan prinsip yang telah aku bentengkan diri sendiri.
 Bantu aku Ya Allah...
Mengharapkan mentari kebahagiaan muncul...
Jika tidak di dunia mungkin di akhirat kelak!

12.12 pm - 30 Jan 2021- 17 Jamadil Akhir 1442
Jumaanah ada sebelah umi ni sambil main lego ABC dia
Jazlah Faheem ada di dalam rumah.
Faseh baru sudah menjemur baju.
Kak Jannah di dalam bilik, tengah siapkan kerja sekolah.
Abang Faqeh masih di bilik menanti giliran untuk tasmi'
Faseh dah siap tasmi' pagi tadi.
Anak2 Al Amin tiada kelas hari ini.
Anak2 MTAR je ada kelas hari ini.
Aqil dan Aqilah pepagi walid dia datang ambil tadi.

Umi ingin kemaskini kertas kerja sikit.
Update markah student umi.
Pagi td dah bakar pizza.
Dah goreng mee basah.
Dah siap masak tomyam. Setel lunch.
Umi terpaksa tolak permintaan tukang umi utk mengecat pagar.
Alhamdulillah dia dah dapat projek lain kat kejiranan kami.
Alhamdulillah susunan Allah adalah yang terbaik.

 

1 comment:

tanpa nama said...

Perjuangan untuk menjaga amanah yang ditinggalkan berseorangan amatlah perit...

Allah aturkan utkmu bukan utk menyeksa dirimu.. tetapi aturan Allah itu semata2 utk menguji dirimu sejauh mana kebergantungan dirimu kpd Allah swt...

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com