Bismillah Walhamdulillah!
Jam 9.43 pm, 24 Jan 2021, Lokasi Chonang Jaya.
Alhamdulillah berkesempatan untuk mengupdate blog kesayangan di sini.
Hari ini umi bermula kerja di tempat kerja yang baru. Alhamdulillah permulaan yang bertenaga!
Semoga permulaan yang baik di hari Ahad ini menatijahkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.
Ohh ye ..kenapa umi bekerja di tempat yang baru? hehe
Meh sini umi nak ceritakan di blog kesayangan ini. Umi ambil cuti tanpa gaji bermula bln 9 - 12 selama 4 bulan. Umi sepatutnya bertugas mula 4 Jan 2021. Namun seminggu sebelum 4 Jan 2021 umi dapat surat pertukaran umi ke Kemaman. Allahu Akbar, luluh jantung umi dapat berita tersebut.
Maka bermulalah episod proses rayuan ke pihak HQ dan alhamdulillah rayuan umi diterima untuk umi menjalankan tugas di pejabat Negeri. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan umi.
Kadang2 dalam sesuatu situasi kita terpaksa berlagak seolah2 tenang walaupun hati kita bagai hendak pecah. Alhamdulillah banyak pengalaman diri umi telah mengajar umi untuk sentiasa berlagak tenang dan paksa diri untuk tenang! Yakin Allah ada bersama dengan kita. Yakin dengan segala amalan yang telah kita lakukan kepada Allah.
Ingat sungguh2 dalam kepala, saat Allah uji itu adalah tanda kasih sayangNya kepada kita. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan Dia. Jangan putus asa dalam mengharap petunjuk dari Nya. Allahu Akbar..walau setiap malam dipanjatkan hajat dan istikharah, namun tidak akan terlepas dengan ujian dariNya.
Oklah umi nak ceritakan pengalaman umi di hari pertama melangkah ke pejabat baru.
Hari pertama sebenarnya umi diminta untuk 'Work From Home', namun fikirkan hari pertama umi bertugas dan ingin angkut barang2 dari ofis lama, maka umi bekerja juga pada hari pertama.
Umi bertolak agak lewat sikit, selesaikan urusan anak2 di rumah..( Oh ye.. semua anak umi ada di rumah tambah dengan 2 orang anak saudara umi..hehe.. nanti umi ceritakan ye). Umi menggunakan laluan 'Draw Bridge' untuk ke pejabat. Apabila melalui 'Miami Beach' ni memang umi akan buka tingkap, hirup udara segar. Fuuuuh feeling dia tu lain macam tau! Angin sepoi2 bahasa..sambil layan halwa telinga..hehe
Ada kala umi bawa laju jika sudah terlewat, kalau masih ada masa lagi memang akan bawa secara santai sahaja. Tapi nak ceritanya banyak tul bonggol otw nak sampai ofis. Time nak cepat nak laju tekan 120 km/jam ( ops! sekali sekala je ni..) memang dekat bonggol tu tak tekan break dah, main taram gittu je..kiki ( Jangan tiru aksi berbahaya ini ye!) Tapi kalau time slow, umi break kat bonggol tuh.
Apabila sampai area bangunan ofis umi yang baru ni, mencari parking memang mudah sebab ramai yang WFH. Alhmdulillah. Lepas ni tak tahulah macamana. Bos umi cadang datang awal ofis supanya mudah parking. Menapak ( padahal naik lift) pulak naik ke tingkat 4. Fuuuh ! dah sampai, terkam ke mesin punch card dulu.Sampai2 puch card umi xdok lagi..kiki.
Ahamdulillah suasana kerja baru! Suasana Baru! Semangat baru semestinya!!!
Oklah umi undur diri dulu ye.. Nanti lain kali umi sambung ye.
24 Jan 2021
Jumaanah ada sebelah umi.
Yang lain dah selamat beradu.
Bayt Chonang!
Mohon bantu aku Ya Allah!
Bai!
No comments:
Post a Comment