Renungan Malam
Ku nukilkan selembar madah untuk mu sahabat..
Kamu yang sedang diulit kesusahan.
Kamu yang sedang dicengkam kegusaran.
Kamu yang sedang diselaputi kekecewaan.
Jangan Menyesal!!!
Sahabat...
Tak perlu kamu kesali dengan pilihan yang telah kamu pilih.
Apa sahaja yang terjadi tetap harunginya,
Tidak kiralah kesannya kecil ataupun besar.
Tidak kiralah ia melibatkan kamu seorang atau orang lain juga.
Apa sahaja yang kamu pilih,
Ia tetap menjadi satu tembok ujian.
Jadi, jangan kamu persoalkan, "Kenapa"
Kita tak mampu nak jangka hidup ini.
Hari ini langit cerah, barangkali esok petir menjengah.
Hari ini nikmati bahagia, boleh jadi hari esok tembok derita terbina.
Jangan menyesal membuat pilihan yang salah,
Kerana di sebalik pilihan itu,
Ada sesuatu yang Allah ingin kita belajar.
Di akhirnya, dalam membuat pilihan
Pilihlah yang baik disisi Tuhan.
Andai yang kita pilih itu memudaratkan kita,
Jangan menyesal.
Kerana Allah mungkin sengaja membiarkan kita membuat pilihan yang salah sebagai cuitan ujian buat kita.
Maka, untuk apa kita menyesal?
Tak perlu ada sesalan.
Inilah kitaran kehidupan.
Nikmati saja sisa kebahagiaan dan sisi penderitaan.
Kerana ujian kehidupan memberikan kita banyak pengajaran..
Hanya perlukan sekeping hati yang ikhlas dan redha menerima ketentuan.
No comments:
Post a Comment