Wednesday, October 14, 2020

JENTIKAN UJIAN!

 



Renungan Malam


Di satu sisi mereka melihat kita begitu kuat mengharungi bahtera ujian,


tanpa mereka ketahui bahawa di satu sisi yang lain sebenarnya kita seolah hilang harapan dan kekuatan.

Tiada pilihan dalam soal ujian,

Kita mahu atau tidak, Kita tetap teruskan.


Kita suka atau tidak,

Kita harus menerima tanpa perlu menolak.


Andai cuma kebahagiaan yang dihidang dalam proses kehidupan, boleh jadi sudah lama kita berjalan meninggalkan Tuhan.


Jika tiada jentikan ujian dalam melayari bahtera hidup, boleh jadi air mata kita sudah kering untuk dititiskan kepada Pencipta.


Jika sakit dan luka terlalu sukar untuk dicerita kepada manusia, maka sembunyikan ia dan pilihlah untuk berkongsi dengan Allah.


Untuk ujian yang datang,

Walau sekali, atau bertubi-tubi,

Walau sekecil zarah, atau seluas lautan,

Hadapi ia dengan tenang dan sabar.


Kerana bukan semua ujian perlu dilalui dengan air mata dan tangisan.

Kadang kala kita perlu senyum dan ikhlaskan.. 

Sebagai tanda kita redha dengan segala aturan Tuhan.Berusahalah untuk mengatasi kesedihan, ketakutan dan kebimbangan dengan sabar dan tawakal yang benar pada Allah Taala. Membiarkan kesedihan, ketakutan dan kebimbangan menguasai diri, menjadikan diri kita lemah dan cepat berputus asa.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com