Wednesday, October 14, 2020

JAGALAH DIRIMU!

 




Renungan Malam


"Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan denganmu..seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu..seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam."


Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia..jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya.


Pastikan dengan sebenar-benarnya..ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri..ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri..kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu..


Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia..carilah ia dalam jiwa kamu sendiri..bila jiwa itu tenang,  terangkatlah kedudukan..bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi..


Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah..Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di tangan Allah..


Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah..kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu dan mencukupi bagimu...


Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dgn kedua-dua kebaikan di dunia dan akhirat..


Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud..manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan..Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan..

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com