Bismillah Walhamdulillah...
Alhamdulillah kesejukan sudah semakin berkurang sekarang.Namun masih juga terasa kesejukannya.
Apabila musim sejuk sudah mula perlahan2 melabuhkan tirai,maka mulalah musim yang paling disukai oleh anak2 ummi..
Musim bunga!!!!
Semalam 27 Februari 2013,harilahir puteri kesayangan ummi.
Alhamdulillah sudah mencecah 9 tahun umurnya.
Bermakna umur perkahwinan kami mencecah angka 10 pada tahun ini.
Ummi sudah buatkan sebiji kek untuk Jannah bawa ke sekolah.
Alhamdulillah..terpancar kegembiraan di wajahnya.
Ok,kami ini ummi ingin bercerita mengenai musim robiek kami.
Alhamdulilalh 8 Februari yang lepas,maknanya sudah 20 hari berlalu, baru sekarang sempat nak tepek gambar kat blog ni.Kami sekeluarga ke Aghwar sebuah kawasan pedalaman di Jordan ini.Kami ke sana bersama Ammu Majdi kawan abi.Dia yang beriya2 ajak anak2 kami ke sana.
Allahu Akbar,Subahanalllah..indah sungguh pemandangan ...
bunga2 mewarnai di mana2..Allah Allah...
ini merupakan robiek terakhir kami di sini...
Nikmati sungguh2 musim bunga ini..
Dalam Surah An Nahl Allah berfirman:-
An-Nahl [16:69] Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Dari seekor lebah keluarlah madu.Dari seekor lebah dapat menyembuhkan penyakit..begitu juga kita sebagai manusia seharusnya mencontohi keperibadiaan yang ada pada seekor lebah.
Lebah sedut madu dari bunga dan keluarkan madu dari badannya.
Allahu Akbar..kita ini perlu cari perkara yang baik dan sampaikan juga perkara yang baik.
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Ya Allah,mudahkan urusan kami di saat2 terakhir keberadaan kami di bumi anbiya' yang penuh keberkatan ini..amin!
Alhamdulillah..selesai mengupdate blog ini.
Ummi undur diri ,
nak masak untuk anak2 akan balik dari sekolah sekejap lagi.
...abi bertungkus lumus menyiapkan tesisnya.
Mudahkan dia Ya Allah,amin! ...
2 comments:
Salam perkenalan. Kami skrg nihs tgh survey untuk ke Egypt and jumpa blog ni. Thanks a bunch for sharing your experience :). Kami nak tumpang tanya, macam mana nak contact pelajar di sana untuk jadi tour guide kami? Kalau email ka etc. Terima kasih.
slm ukhuwah juga utk fiziskandarz from uk.excited tgk salji kat sana..Masya Allah...cantik!
ni email saya mujahidah_sejatiey@yahoo.ca.kita bincang lebih lanjut dalam email yer.takpun blh add kat fb Hurul Jannah Bin Muhamad Zaid.
Post a Comment