Sunday, November 11, 2012

Taekwando Kami

Bismillah walhamdulillah 

Jam 11 pagi .Tapi cuaca sekarang seolah2 pukul 6 pagi.
Gelap , suram dan hujan renyai2 dari pagi tadi. Ini petandanya musim sejuk bakal menjelma.Ahlan ya syita'.Anak2 ummi tidak ke sekolah hari ini,hujan lebat di pagi hari tadi.Biasanya memang anak2 arab juga tidak akan ke sekolah kerana hujan ini.

Ok,kali ini ummi ingin bercerita tentang kelas taekwando anak2 kami.Alhamdulillah minggu lepas bermula episod baru dalam rutin harian anak2 ummi.Sebenarnya sudah setahun anak2 ummi ingin masuk kelas taekwando.Namun ummi abi masih mengumpul maklumat tentang kelas ini.

Alhamdulillah ummi hubungi akhowat untuk memurokibkan
( menemani) anak2 ummi ke kelas tersebut.
Akhowat tersebut juga mengambil kelas di markaz tersebut.

Kelas diadakan pada hari Ahad, Selasa dan Khamis.
Alhamdulillah..anak2 ummi dan Wafiah suka masuk ke kelas.
Antara alasan kami untuk anak2 masuk ke kelas ini adalah:

1-Bagi memahirkan diri dalam seni bela diri ini.Harapnya sampai balik ke Malaysia.Kat Malaysia nanti kita belajar silat pulak.

2-Bagi hilang segala tekanan anak2 ummi.Memang sekarang ruang untuk bermain adalah terhad dan tiada tempat untuk mereka bermain sebenarnya.Hattakan dalam rumahpun tidak boleh melompat2 dan buat bising.Nanti tuan rumah marah.Harapannya agar mereka boleh mengerluarkan semua tekanan dan perasaan ingin bermain puas2 di markaz tersebut.

3-Untuk mereka bergaul dan memahirkan cara berkomunikasi dengan orang arab di sekeliling mereka.Alhamdulillah...balik jer dari kelas, mesti bercerita segala tentang kawan2 di sana.Yang pasti mereka semua seronok..dan ummi abi gembira lihat mereka gembira.

4-Malam cepat jer mereka tidur sebab keletihan di siang hari.Kalau tak, memang payah meraka nak tidur.Esok bangun awal dengan penuh kesegaran.

Alhamdulilllah..alhamdulillah...Allah mudahkan urusan untuk kami menghantar anak2 ini ke kelas tersebut.Moga ada kebaikannya..amin!





Gambar ini  diambil ketika menolong Ummu Qusoi mengutip buah zaitun di ladang bersebelahan bangunan kami.
Next entry ummi ceritakan yer.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com