Bismillah Walhamdulillah.
Jam 10 pagi.
Lokasi Kamar Indah di Baity Jannaty.
Mengapa umi tidak bekerja hari ini?
Kerja...Kerja dari rumah.
Kenapa?
Meh sini umi ceritakan...
THROWBACK
Selasa, 5.10.2021..umi ada bawa kes ke mahkamah.
Kes apa? hehe
Ok..umi sebagai Pegawai Pemulihan akan buat pengesyoran di bawah Akta Penagih Dadah & Rawatan 1983 pindaan 1998 ( haha siap hafal weihh..yelah setiap kali depan majistret mmg kena baca syor kita..).
Pengesyoran sama ada dapatkan rawatan di Pusat Pemulihan atau komuniti(pengawasan). Biasa mana ada bebudak nak masuk pusat kan?
Seseorang yang disyakki penagih dadah akan ditahan oleh AADK ( samaada dengan aduan atau tidak ). Masa ni mrk dipanggil OKT-orang Kena Tahan. So..kes umi ni aduan dari keluarga mohon utk anaknya dapatkan rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan.
CERITANYA...
Ceritanya anak dia ditahan pada bln 1 2021- Masa tu umi pegawai pemulihan di AADK Kuala Terengganu, selepas itu umi bertukar ke AADK Negeri Terengganu ( walau pada mulanya kena bertukar ke AADK Kemaman)..so sekrang dah bln 10, baru kes ini dibawa semula ke mahkamah kerana PKP ni. Kes umi ni dia datang ke ofis. Bagus dah lah budaknya dah 10 bulan duk kat rumah..
Kesian kat mak dia.. datang naik kereta sewa..sekali naik RM10.dahlah salah info datang pagi ke mahkamah, rupanya mahkamah bersidang petang. Hari tu bln Januari masa tangakap nak suruh hantr pusat, dah 10 bulan duk rumah, berubah fikiran pulok...haish sungguhlah.
Umi ke mahkamah kul 2ptg. Nampak mak klien tu dah ada..Allahu..dah tua pun makcik ni. Sanggup datang utk jamin anaknya. Mahkamah Majistret musim PKP ni bersidang di dewan badminton. Luas dan jauh sikit penjarakan sosialnya.
Panjang intronyeeeee..
POSITIF COVID
Nak ceritanya salah seoarang klien umi yang dibawa kes ke mahkamah ada yang positif covid! Innalillah
Soooo umi berurusan dengan OKT ni siap berborak2..sambil2 menasihat dgn penuh 'kasih sayang' ( walau hakikatnya umi siap tunjuk kasut umi nak sepak terajang bebudak ni..cakap je, tp xbuat pun! ) dan ambil ttgn mrk di dokumen sbg exhibit di depan majistret.
Nak jadikan cerita ada sorang Orang Kena Pengawasan- OKP umi ni dahbanyak kali jadi klien kita, tapi masih belum berubah. Badan gemux sihat..tapi otak sakit.Haishh geram sungguhlah umi! Kesianpun ada juga, dulu keje cikgu elok2 dah. Main dadah..semuanya punah! Dang umi beleber seround kat dia. Geram!
Adalah dalam 3minit umi berinteraksi dengan OKT yang seramai 6 org bergari rantai sesama mereka. Itulah kita dapat maklumat sblm naik mahkamah semua kes kita negetif covid, kalu positif mmg kita tak bawa dah. Tetiba habis kes mahkamah dalm pkl 4 lebih, masa tu umi dah ada kat ofis semula...dapat result bertulis sorang positif..Allah2...
PENGARAH ARAH KUARANTIN
Debbor doh umi dgr klien umi tu positif. Haish.. terus pengarah arah balik ke rumah. Umi xsolat asar lagi masa tuh. Terus balik bawa kereta separuh hati sambil call Lin. ceritakan apa yg berlaku.
Singgah isi minyak kat Petronas..solat asar sekejap. Nak g cari Kit covid kat Klinik Hijraa. Tak de.. Nak cari kat farmasi..banyak pulak kete..jem! terus balik rumah. Terus berkurung dalam bilik ini. Sampai ke saat ini, jam 11.35 pagi, hari Khamis.
WORK FROM HOME.
Seronok jug dapat wfh dari rumah. Sebelum ini umi xblh bercuti selama 28 hr kerana tanggung tugas keje sorang pegawai yg bercuti tanpa gaji. dan umi xdpt WFH kerana tanggung tugas, namun sbb kes covid ni umi dapat wfh. Alhamdulillah ala kulli hal.
BERSYUKUR.
Yang penting bersyukur dengan apa saja yang berlaku dalam kehidupan kita. Tak kiralah sama ada yang kita suka atau tidak. Memang xbest berkuarantin seorang diri tanpa anak2 dalam bilik, namun , kena fikir yg positif. Pasti ada 1001 hikmahnya. Allah ank suruh berehatlah tuh. Keje banyak sgt sebelum ni kan. Bz memanjang. Balik keje lewat sokmo. naaah! Allah bagi duk rumah selama 7 hr.
KAK JANNAH PEMBANTU
Semua urusan Kak Jannah yg uruskan. Alhamdulillah ada juga hikmahnya kan. Kalu tak umi lah yang goreng nasi pagi2 atau umi yg ke pasar, pastu balik rumah hntr mknn. Pastu pecut kete g ofis. Umi kalu dah lambat memang pecut 120 kat Miami Beach. Bonggol tu mmg umi langgar je. sampai ofis, nak cari parking sekian hal, siap bertawaf bangunan Wisma Seri Amar tu dulu baru jumpa parking. Naik ke tkt4 lak, nak berlari2 setelah tadi pecut kete, skrg berlari2 naik ofis lak. last sekali berlari terkam mesin punch card..haha. tepat2 jam 9pg biasanya. Alhamdulillah ala kulli hal.
HIKMAHNYA
Soooo skrg umi kena kuarantin, Kak Jannah n the gang xtidur dah selepas subuh. semuanya dikerah tenanga dan keringat utk uruskan hal ehwal rumahtangga. Hikmahnya disitu. Kalu tak semua umi yg urusakan, siram pokok lagi, bg mkn ikan lagi, cabut rerumput lagi..haha. nyempat buat pepagi.
PENUTUP.
Haish panjang pulak karangan umi. Boleh dah start slow2 sambung next ebook ni. Insha Allah. Bismillah!
Nak setel keje ofis sikit lagi. Buat ebanner jap!
Okklah umi undur diri dulu.
Thanx kak Jannah buat air lemon, serai, pandan halia..
Sedaap! Makan kerang rebus rasa. Naik luga gak! hehe
Nak tepek gmbr masa g mahkamah jap!
Ni masa memula sampai. Kasut ni dah berhabuk.Lama dah tak guna.
Guna masa g mahkaham je.
No comments:
Post a Comment