itulah yang ramai orang kejar dan berkorban untuknya.
Walaupun hakikatnya mereka tahu, mengejar dunia,
mengejar cinta manusia,
harta dan pangkat
yang tidak berkesudahan ini
tidak akan puas dan bahagia,
namun mereka masih lagi ego dan
menipu diri sendiri,
lantas mengabaikan cinta Allah yang hakiki.
Mungkin mereka lupa,
tiada sempurna angan dan cita,
dalam mengejar cinta sementara.
Hakikat hidup didunia ini hanyalah ibarat musafir.
Tempat abadi kita adalah akhirat.
Jangan kerana inginkan kepuasan nafsu,
kita sanggup gadaikan kehidupan di sana yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment