Tuesday, March 23, 2021

LEBIH BAIK!



Bismillah Walhamdulillah!

Tak semua rindu boleh diluah!
Iya..adakalanya terpaksa ditelan dan ditelan sebegitu sahaja.
Ada rindu yang terpaksa dibiarkan berlalu.
Tak boleh diluah kerana terpisah dek masa
Terpisah oleh keadaan yang tidak mengizinkan
Rindu kepada yang tiada
Rindu kepada yang tidak diizinkan
Semuanya menyakitkan dan menikam kalbu nurani.

Tak semua cemburu perlu diberitahu..
Cemburu pada ketenangan berada di sampingNya
Cemburu pada kebahagiaan..
Cemburu pada kegembiraan...

Tak semua sayang perlu ditunjuk..
Amat menyakitkan apabila segalanya 
perlu ditelan dan dihadam seorang diri

LEBIH BAIK MENJADI RAHSIA 
DENGAN ALLAH.

Adukan segalanya kepada Yang Maha Menciptakan kita semua.
Dia Yang Maha Pengasih 
Dia Yang Maha Penyayang
Dia Yang Menciptakan segala2nya

Sakit, pedih. gembira, bahagia
Dialah Yang Menciptakan!

Maka kepada Penciptalah kita perlu kembali.
Innalillahi wainna ialaihi ro jiuun
Tika sedih dan ujian
Alhamdulillah
tika gembira
Segalanya dipulangkan kembali kepadaNYA.





Baju abi yang umi basuh setelah sekian lama tergantung
Baru ada kekuatan untuk membasuh pakaian2 akhir
Ketika dibasuh, masih ada bau wangian yg abi pakai
Amat2 meruntun  kalbu
Allahu Akbar..sungguh tak kuat hadapi semua ini.
Kenyataan yang sungguh pahit utk ditelan.

Akan umi lipat sebaik mungkin baju2 ini.
Simpan di almari hati umi.
Pasti akan kekal abadi.
Semua ini adalah kenangan yang membara
Agar umi teruskan kehidupan ini
walau kadang kala rasa ingin tersungkur
rasa ingin rebah..

Allah2..
Hanya padaMu aku serahkan segalanya
Pengaduan padaMu tiada batasan.
Allah tidakkan bosan mendengar rintihan.

Ya Allah
Ganjarilah pahala ketenangan kebahagiaan 
atas semua ujian dan musibah yang telah Kau berikan

Dan gantikanlah pelangi kebahagiaan 
ketenangan yang lebih baik
kegembiraan yang mendamaikan kalbu
Jika tiada di dunia...
Di akhirat yang kekal abadi...
Himpunkan kami semua di SYURGAMU!

"Bila engkau memandang segalanya dari TuhanMu,

yang menciptakan segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu,

kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,

tapi mungkin itulah yang DIA mahukan,
kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya

lebih lunak dan mudah untuk dekat
dan akrab denganNya."


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com