Alhamdulillah..semuanya dengan kurniaan dari Allah.
Alhamdulillah dah graduate! soo boleh train sape nak tulis ebook.
BIsmillah Walhamdulillah
Allahu Akbar..Ya Allah..
3, 4 hari tertidur di meja sebenarnya.
Setelah setelkan anak2, barulah umi buka laptop.
Hidup mesti ada target.
MInggu ni umi target dapat lulus exam Training To Trainers tu.
Pastu konvo, then dapat sijil.
Umi join Master Shiro Global Academy.
Platform digital utk kita pasarkan hasil karya kita.
Alhamdulilla Allah lorongkan untuk umi join di sini.
Target nak publish ebook siri2 mggu ni.
hurm..
FB baru buat!
Wasap status baru up.
Semuanya amat baru bagi umi
Takut dan gerun juga sebebanarnya.
Takut tak pandai jaga hati
timbul sifat2 mazmumah yang lain.
Na'uzubillah
Lintasan hati2 yang tidak elok mohon jauh2 dr Allah.
Umi selalu mohon pada Allah supaya dijaga hati ini
BIla terlibat dengan dunia sosial kena kuat dan hati kena kental
Bantu aku Ya Allah.
Betulkan niat sokmo
Biar sentiasa berada di jalan yang lurus.
TERHARU SANGAT!
Lama tunggu coretan umi di sini...Insya'Allah 2 minggu tak lama...Pasti mutiara bicara penuh kerinduan...Kolam b'kaca menahan kesayuan...Hanya untaian doa disampaikan...Taman syurga p'ikat iman...Teruskan perjalananmu duhai mujahidah sejatiey
Allahu terharu sgt2.. siapa pun anda..MOga Allah rahmati hidup anda.
Sepatutnya tulislah nama..^__^
Hanya beberapa orang je pembaca tegar blog umi ni.
Oklah nak siapkan siri 2 pula.
Orang semua tertanya2 bila nak publsh.
Buat ebook ni, semua perkara editing kita yang kena buat sendiri.
dari cover buku, setting, editing huruf bagai kita edit sendiri.
Pelbagai perkara umi explore.
Alhamdulillah inilah yang Allah kurniakan dan lorongkan untuk umi buat.
Semuanya dengan izin Allah
Semuanya kurniaan dr Allah
Allah yang izinkan semua ini
Allah yang izinkan umi terlibat semua ini
Sebelum ni umi xpernah tunjukkan muka di media sosial
Malu
Sekarang syarat nk buat ebook mesti kena letak muka penulis
Umi segan nak letak sorang2
Tu yg umi ajak juga Dr Nor sekali
Memang umi tumpang webstore dia dulu
Siri yang kedua umi akan publish dalam webstore sendiri insha Allah
Doakan!
Umi nak sambung menaip siri 2
menaip
sebak
nangis
kuar air mata
lap
teruskan tulisan
niat nk sebarkan manfaat kebaikan
Bantu aku Ya Allah!
Done tulis kul 5.23 pg
Azan subuh berkumandang
Umi zon merah
Adik tidur dalam buai
Tepon abi baru hntr kedai smlm,skrin pecah bebudak ni main
Laptop umi dah ok, alhmdulillah
Faheem Jazlah pagi petang g mengaji
Penat anak2, penat gak umi ke hulu dan ke hilir
Angkut Jumaanah.
MOga Allah ganjari pahala nikmat dunia akhirat, Insha Allah.
16.12.2020, bersamaan 1 Jamadil Awal 1442
Hari ke 119 abi bahagia di alam sana.
Lagi seminggu lebih umi nak ke kubur abi.
Tak sabar rasanya!
Ok, bai!
Terimakaseh anda yang membaca sehingga ke sini.
Saaaayang anda semua!
Bayty Jannaty Chonang Jaya
No comments:
Post a Comment