Saturday, November 21, 2020

K.U.A.T


 RASA TAK KUAT?


Percayalah, walau kita diuji dengan ujian yang sama, namun rasanya tak sama. 


Sebab hati kita lain-lain. 

Tiada siapa yang faham apa yang kita rasa melainkan diri kita sendiri dan Allah. 


Sabarlah. Allah ada. 

Sentiasa ada. 


Ujian yang Allah beri rasa lain-lain di hati masing-masing . Bergantung pada tahap iman sendiri. Jadi banyak berdoa diperkuatkan iman.


 Walaupun saya tak mampu nak selami apa yang awak rasa hari ini. 

Tapi, ingatlah, Allah itu dekat. Allah akan bantu kita harungi semua ujian ini. 


No matter what. Semoga ujian ini menjadi asbab kita semakin dekat dengan Allah. Bukan asbab jauh dari Allah.


Awak rasa tak kuat? 

Insya Allah.. Sama-sama kita cuba. Kita semua sama sahaja..

Tak sekuat yang disangka semua. 


Tapi.. Kita cukup kuat dalam mengharungi ujian yang Allah beri. Hanya diri sendiri dan DIA sahaja yang mengetahui segala rasa..


So, to all my friends who i love so much... Kuat tu tak semestinya bila ada benda yang terjadi, kita tak menangis. 


Kuat tu tak semestinya bila ada benda yang terjadi, kita sentiasa boleh telan dan hadam macam makanan. 

Kadang-kadang kuat tu bila ada benda yang terjadi, kita sedih, menangis sampai keluar hingus tapi kita tetap teruskan hidup. Itu la kuat sebenarnya...


Bila ada sesuatu benda itu terjadi di luar jangkauan/ kemampuan atau bertentangan dengan kehendak kita, kita rasa hati tu rasa bagai nak patah, retak, berkecai macam kaca jatuh atas lantai..tapi kita still usaha untuk bangkit..and from that moment, you'll know. 

You are strong. Stronger..


Tak ramai daripada kita yang perasan atau sedar akan hal ini.. tetapi kita tahu diri ini kuat bila berterusan diuji tetapi tetap bangun semula setiap kali terjatuh.. 


Kita tahu diri ini kuat bila kita tetap bertahan walaupun saat merasa sudah tidak mampu, dan kita tahu diri ini kuat apabila Allah uji kita dan kita tetap percaya pada DIA.. dan kita sabar dengan ujianNya. Tak pernah berputus asa. dan saat itu kita tahu diri kuat sebab kita ada Allah..


Allah lah kekuatan kita...


Alhamdulillah.. Syukur ❤️



Kata2 diambil di sini.



Hari ini 21 Nov 2020 - Sabtu.

Sejuk! Hujan renyai2..

Ohhh sesejuk salji di Ajloun Jordan.

Seperti gambar di atas.

Kak Jannah, Faqeh, Faseh.

Wafiah dan Faqeehah anak Acik Tasnim dan Cg Irfan.

Best main salji..Sejuuuuk!

Entri salji ada di sini.


Kelmarin Kak Nor datang ke rumah hantarkan ayam. 

Syukran kak. Alhamdulillah.. 

Best borak2 tepi kolam ikan sambil dengar air terjun menderu..^_^

Sudah diberitahu stok ayam umi, Faqeh dah belikan semalam.

Pagi tadipun Mak kawan Jannah hantarkan ikan.

Alhamdulillah semoga rezeki mereka2 yang berbuat baik kepada kami dibalas dengan kebaikan dunia dan akhirat, Insha Allah.


Pok Jad dan Acik Huda juga datang  bawa anak2 ke kubur abi.

Hattakan si Jumaanah yang kecik tu pun ikut sekali.

Alhamdulillah. Syukran Pok Jad dan Acik Huda.

Iman pun dah pilih mainan anak patung yang berkenan di hati. >.<

Pok Jad jugs pilih baju2 abi yang berkenan di hati.

Tunggu kawan2 abi yang lain pula datang.


Hujan renyai2 sekarang

Bunga sedang berkembang mewangi di laman.

Ikan koi menari2 keriangan sambil hujan renyai.

Alhamdulillah atas nikmat kebahagiaan ini.

Pokok mempelam juga sedang berbunga.

Pertama kali ingin belajar berbunga seterusnya berbuah.

Setelah sekian lama abi dan umi tanam.

Semoga berbuah dengan baiknya ye pokok mempelam. >__<


Umi pinjam staging dengan Acik Gee jiran sebelah.

Tukang umi nak buat saluran air hujan kat rumah ni.

Tadi Acik Gee minta daun pisang untuk panggang ikan kot.

Alhamdulillah orang berbudi kita berbahasa.

Best dapat kejiranan yang bagus di sini.


Khamis lepas umi ada urusan di Pesuruhjaya Sumpah.

Umi pergi dengan Acik Farah dan Cg Baq jiran taman ni juga.

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan umi.


Acik Farah ni juga yang beli air mineral berkotak2 untuk 

Kak Jannah baca 30 juzuk Quran.

Tinggal lebih kurang seminggu lagi Kak Jannah akan 

tamatkan 40 hari menghafaz 30 juzuk setiap hari

2 kotak telah diedarkan kepada jemaah surau.

Insha Allah ada lagi baki nnt akan diberi kepada saudara mara dan kawan2 yang minta.


Berbulan2 umi berkurung di rumah, menemani anak2 24 jam.

Menghiasi laman rumah sepertimana impian bersama.

Namun hanya umi yang menikmati di dunia.

Abi nikmati nikmat kebahagiaan di alam sana.

Impian bersama, direalisasikan dan hiduplah umi dalam kenangan.

Dan merindui hingga ke ahir hayat.

Allahu..perit sungguh.

Ya Allah temukan kami semuanya di syurgaMu yang kekal abadi.


Alhamdulillah nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan sepertimana 

firman Allah dalam surah Ar Rahman.

Allah yang aturkan segalanya yang terbaik untuk umi sekeluarga.


Doa yang sering dipanjatkan.

"DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Ya Allah ganjari pahala atas musibah ini.

Gantikan kepadaku apa yang lebih baik dari itu."


Oklah umi undur diri, nak masak tengahari pula.

Surirumah sepenuh tangga best!

Setiap hari fikir nak masak apa.

7  orang nak makan. 

Sekali masak, makan ramai2 memang seronok.^_^


Pokok xperlu siram dah.

Hujan dah tolong siram.

Alhamdulillah.


21 November 2020

Bersamaan 5 Rabiul Akhir 1442

94 hari sudah abi tenang aman damai di alam barzakh.

PKPB tamat di Ganung hr ni.

Yeay,alhamdulillah.

Tapi..umi tidak ke mana2 pun lagi setakat ni.


Cukup 130 hari tempat pertama yang umi ingin kunjungi

ialah...pusara abi! ^__^

Keduanya nak balik kampung jumpa mak di Kuantan.

Tok Abah Tok Ma mehla mari Ganung.

Bawa Hanan sekali.

Cucu baru Tok Abah. ^_^


Bai!

Bayty Jannaty

Chonang Jaya, Ganung

Hujan renyai2, sejuk!



No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com