Renungan Malam
Tidak ada yang tahu, apa yang sedang Allah rencanakan di sebalik kesakitan, kepedihan dan kesedihan yang Dia tetapkan kepadamu, lantas jangan dulu khuatir dan menyesali kesakitan(ujian) yang belum reda.
Besarkan hatimu dengan terus berhusnudzon kepada-Nya, jangan beri celah hatimu menggerutu pilu, dan tetaplah bertahan dengan kesabaran, kerana semakin kamu besarkan sabarmu maka akan semakin Allah siapkan bahagia yang lebih besar untukmu.
Allah tidak pernah suka-suka ketika menyuruhmu bersabar. Kamu harus mampu benar-benar meletakkan hatimu dengan kesabaran yang cukup, kerana di sebalik semua itu pasti ada bahagia yang tidak terkira.
Janji Allah itu pasti, maka pastikan kamu tidak selalu murung dengan kejadian menyedihkan yang kini masih Allah tulis menjadi takdirmu.
Dan iya, terkadang Allah memang melamakan ujian yang datang kepadamu, kerana dia tahu bahawa kamu berhak mendapatkan kebahagiaan hidup yang luar biasa, tapi dengan berlatih dulu melalui kesabaran.
Sungguh. Walau seperit apapun yang sedang menimpamu, maka nikmati saja setiap keadaan menyedihkan yang masih Allah semaikan dalam hidupmu.
Dan kamu tidak perlu sibuk-sibuk memikirkan keadaan yang masih buruk, kerana tugas kamu hanyalah menundukkan hatimu supaya lunak dengan kesabaran dan keikhlasan.
Intinya tenanglah dulu atas rencana-Nya, kerana setiap ujian yang kamu hadapi pasti akan selalu setaraf dengan bahagia yang telah Allah siapkan untukmu nanti.
Lahawla wala quwwata illa billah.
caption gambar
Suka sangat umi tgk gambar nim.
1001kenangan pahit manis dalam sekeping gambar nim
tarikh gambar tu 30.12.2009.Kejadian di Irbid, Jordan.
Cerita di sebalik gmbar adi di sini . Juga di sini. Last di sini.
Kelegaan bila Faqeh keluar hospital
Gembira abi lihat heronya sihat
Siap minta nasi goreng umi
Alhmdulillah..Kasih sayang seorang abi kepada anak lelakinya.
Faqeh..lihatlah kasih sayang abi dan pengorbanan abi masa ni.
Abi tinggalkan kelas abi masa ni, rasa siap ada exam rasanya.
Namun demi seorang anak abi korbankan segalanya.
Faqeh..teruskanlah impian abi utk Faqeh jadi seraong hafiz Quran yang berakhlak.
No comments:
Post a Comment