Friday, September 4, 2020

JAGA HATIMU



 Renungan Malam


Segalanya bermula dari hati. Hati yang  baik melahirkan tindakan yang baik. 


Begitulah sebaliknya. 


Hati yang hitam membenarkan tindakan yang tidak baik.


Jagalah hatimu baik-baik.

Hatimu terlalu mahal dan berharga. Kenapa? 


Kerana di situlah Allah S.W.T. menilainya tanpa melihat paras rupa dan penampilan.


Sungguh... hebatnya ujian dunia.

Namun hebat lagi sekeping hati dalam mendepaninya.

Lalu, tugas kita apa?

Tugas kita ialah memujuk hati.

Teruslah memujuk agar jangan mengalah lagi.


Ayuh, cekalkan hati.. moga sinar bahagia menanti..


Disaat hati rasa berkecai.


Ingatlah , Allah tidak pernah meninggalkan kita. 


Wahai hati.. kembalilah kepada Allah. 

Kelak bahagia  milik kita selamanya. ❤


Caption gambar

Abi ketika umi ajak main salji di sutuh( bumbung) imarah kami di Irbid Jordan.

Konon nak ukur ketebalan saljilah tuh..hehe

Umi tukang amik gambar.

Takut nak keluarkan tangan dari sarung tangan yang tebal.Sejuuuuk

Allahu..abi telah tinggalkan umi...

Namun Allah tidak tinggalkan umi.

Hati kena KUAT

Hati kena CEKAL

Hati kena BESAR!

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com