Wednesday, September 9, 2020

ISTIGHFARLAH!


Renungan Malam


Usah berduka terlalu lama.. Usah diselaputi kesedihan yang melampau. Jangan sesekali jadi lemah.. kerana saat itu syaitan sedang berusaha meracuni fikiranmu. 


Istighfarlah sebanyak-banyaknya. Tukarkan kesedihan itu menjadi kekuatan. Bangkitlah wahai jiwa² yang sedang bersedih.

Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuatkan kamu terduduk dan menangis. Allah tahu itu.


Dan sesungguhnya.. Ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu. Perancangan-Nya sungguh berseni dan sungguh sempurna. 


Dia tahu kamu merancang itu dan ini, Dia tahu kamu mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Kamu perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.


Percayalah, jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita. Yakinlah orang yang percaya akan janji² Allah, Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kamu tidak sangka², cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dari-Nya. 


Andai ganjarannya bukan di dunia, mungkin ganjaranmu disyurga kelak. Percayalah dengan yakin bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.


Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar.. Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cubalah belajar dari setiap yang kamu perhati. Mungkin dari situ kamu dapat ingat Dia. Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat. Kamu akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah. 


Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepada-Nya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik. 



caption gambar

Jannah dan Faqeh balik dari Jamiah Yarmourk. Main roller blade.

Catatan roller blade di sini.

masa ni musim robiek  ( musim bunga ) setelah musim sejuk.

Catatan ada di sini. Allahu bestnye musim bunga di sana.

Begitulah kitaran musim mengikut sunnatullah.

Manusia juga ada kitaran musimnya.

Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Barzakh, Alam Akhirat.

Sekarang umi ada di alam dunia.Abi berada di alam barzakh.

Allahuuu.. 

Ya Allah ampuni abi rahmati abi..

Sungguh rindu sentiasa datang bertamu...


2 comments:

ShamMawar42185 said...

Masya Allah tabarakallah 🥰🥰💐 benar sekali kekandaku 😘

ummufaqeh said...

Alhmdulillah. semoga kita semua mendapat kenahagiaan dunia dan akhirat,insha Allah

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com