Bismillah Walhamdulillah...
Allah..Allah...Allah...
Bersyukurnya ummi kerana diberi peluang masa untuk menukilkan sesuatu di sini.Sungguh rindukan bidang ini untuk menukilkan sesuatu untuk tatapan masa hadapan.
Berpeluh2 sebenarnya ummi nak ingatkan username dan pasword blog ni.Maklumlah dah lama tak sign ini blog ini..
Allahu Akbar, sesudah berbulan tidak menjenguk blog ini..terasa kerinduan membuak2..ditambah apabila blog diskroll ke bawah..melihat foto2 kenangan di Jordan dan juga di Mesir..sambil mendengar halwa telinga menyegarkan dari nasidfm....Allah..sungguh memberi satu ketenangan yang tidak dapat digambarkan dengan bahasa dan perkataan.
Teringat mula2 ummi berkecimpung dalam bidang blog ini..baru mula kerja pada tahun 2007 kalu tak silap.Dan pada tahun 2009 ummi bercuti tanpa gaji ..duduk di rumah..di Jordan dapat talian internet..hampir setiap hari ummi postkan sesuatu di blog lama ummi.Blog ini.Hehe..kadang rasa macam kelakar pulak..yerlah mula2 dapat talian internet setiap hari..mesti teruja nak tengok sesuatu menggunakan laptop.
Dan sekarang..Allah..banyak sungguh perubahan ..setiap masa dan ketika boleh melayari internet menggunakan telefon pintar.Namun sekarang ummi lebih selesa menggunakan laptop abi..
Ha...nak cerita tentang abi.Dulu masa di Jordan..pastinya cerita abi selalu dinukilkan..yerlah student yang tengah berjuang habis2an untuk menyiapkan tesis PhD.Allah..air mata peluh ..keringat..darah..semuanya keluarkan..
Dan sekarang proses untuk belajar masih belum habis..malah masih berterusan sehingga ke saat ini.Hattakan sekarang ummi masih menemani abi untuk mengulangkaji.
Jam sekarangmenunjukkan 12.36 pagi.Anak2 semua dah tidur.Jazwah bergolek2 sambil hisap ibu jari dan sesekali menggaru2 badannya.Hm..Jazwah allergic kulit dia.Silap ummi juga..minggu lepas ummi balik kampung,teringin sangat nak makan sup kerang.Huish..seperiuk ummi belasah kerang.dan sekarang tanggunglah akibatnya..kesian kat Jazwahkan....
Cerita mengenai Jazwah..alhamdulillah sekarang sudah mencecah umur 8 bulan.Dah pandai mengheret dada ke hadapan.Duduk dalam walker..memang laju dah dia berjalan.Makan bubur dan masih menyusu badan..alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment