Saturday, November 23, 2013

Catatan Di Wad



Ya Allah aku lemah Ya Allah jangan tinggalkan aku.. 

11.11.2013..lokasi ummi sekarang di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

 ALLAHUAKBAR.. 
Esok 12.11.2013 insya Allah bakal lahir seorang lagi cahaya mata penyambung perjuangan di muka bumi ini.

Allah..berdebar menunggu hari esok..

Allah..mudahkan urusan ummi esok hari. Terasa sebak melanda ketika dr memaklumkan bahawa esok ummi merupakan kes pertama yang akan dioperate.

Allah..Allah..Alllah... 
Pelbagai perasaan bercampur baur..gembira,takut,berdebar semuanya ada...

Allah..Allah.
hanya padaMu tempat aku mengadu segalanya...

Tidak sabar dan teruja melihat bayi yang comel dan mungil.
.tak dapat nak dibayangkan bagaimanalah rupa bayi ummi pula nnt.

Mendengar suara sicomel yang menangis memberi satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.

Ya Allah..tidak sabarnya menungu hari esok..
 Allah..jam sekarang menunjukkan 9.38 mlm,anak2 bersama tokma dan tok abahnya..

Alhamdulillah tokma dan tok abah sudah selamat tiba di Malaysia setelah 45hari menunaikan haji.Alhamdulillah.. 

Mendengarkan suara Faheem..
 menitik airmata ummi,belum pernah lg ummi berpisah dengan sicilik ummi itu..
malam2 mesti nak tidur dengan ummi.

Faheem,rindunya hendakmmencium kamu,sayang.
Anak2 ummi yang lain juga ummi rindu dan sayang.. 

Pembedahan dibuat untuk kelahiran ini memandangkan ummi sudah ada 2kali pembedahan. 
Hurul Jannah dilahirkan normal,
Faqehuddin dioperate,
 manakala Fasehuddin pula Alhamdulillah dilahirkan normal.
dan yang terbaru,anak Jordan ummi dilahirkan secara pembedahan di Jordan. 

Dan untuk kali ini..doktor tidak membenarkan ummi untuk bersalin normal kerana faktor2 kesihatan. 

Allahu Akbar..
pasti ada 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat atas apa yang Allah rancangkan untuk ummi.
Allah adalah sebaik2 perancang. Mohon yang terbaik dari Allah..,amin.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com