Sunday, October 6, 2013

Catatan Malaysia.

Bismllah walhamdulillah.

Jam menunjukkan 1pg waktu malaysia.
Lokasi sekarang Gong Badak.

Allahu Akbar...sekejap sahaja masa berlalu.Sedar tidak sedar sudah sebulan ummi sudah bertukar status menjadi surirumah yang bekerjaya.

Allahu Akbar....memang memerlukan pengorbanan yang tinggi untuk meneruskan kehidupan yang sungguh mencabar ini.

Alhamdulillah anak2 juga sudah bersekolah.Faheem ummi hantar ke Taska Tahfiz Gemilang,sama dengan Abang Faseh.Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami.Manakala Kak Jannah dan Abang Faqeh ummi hantar di Sek. Rendah Islam Al Amin,K.Terengganu.

Pengurusan masa amat penting.Banyak tanggungjawab dan komitmen yang perlu diselesaikan setiap hari.

Ummi sentiasa berdoa,walau sesibuk manapun kita bekerjaya,keluarga tetap menjadi keutamaan.Kami hantar mereka tuisyen bahasa melayu.Seminggu sekali ke kelas hafazan dengan Sheikh Fathi,Misri.Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan untuk menghantar mereka menghafaz Al Quran sambil mempraktis bahasa arab.Alhamdulillah.

Kandungan ummi sudah mencecah 8 bulan.Memang terasa penat sangat,namun kena kuatkan semangat untuk melahirkan seorang lagi khalifah di muka bumi ini.Moga anak2 ummi akan menjadi manusia ysng berguna,mampu membahagiakan kami dunia akhirat,amin.

Membaca post2 yang lalu,mengimbau kenangan berada di bumi Urdun,memberi 1001 perasaan yang tidak dapat digambarkan.Allah,Allah,Allah.

Oklah,jam menunjukkan 2pg sudah.Ummi ingin mengundur diri.Esok,ada appoinment Klinik Kesihatan,cek rutin mengandung.Lusa pula ke Hospital Besar untuk jumpa pakar OnG.Selepas itu ummi ke Bangi untuk berkursus.Semoga Allah mudahkan urusan kami.Amin.



Abi dan mak kesayangan di Kuantan.Sedap makan rambutan!!!

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com