Tuesday, March 12, 2013

Jejak Bumi Nabi Musa - Part 5

Bismillah Walhamdulillah...

Alhamdulillah Allah beri peluang untuk menyambung catatan Kembara Mesir kami.

Alhamdulillah dengan catatan2 yang terdahulu mengenai bumi Mesir,Allah telah temukan ummi dengan kenalan alam maya baru dari Bristol,UK.Sepasang suami isteri yang romantis. >.<..
Semoga Allah mudahkan urusan kalian,amin!

Berpegang kepada 
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

"sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat pada org lain....

Ummi teruskan catatan ini.
Semoga ada manfaatnya pada yang membaca.

Ok,hari keenam kami berada di Mesir,bersamaan 28 Januari 2013, kami ke Iskandariah atau dalam englishnya Alexandaria.Sama juga dengan Kaherah,englishnya Cairo.

Kami bertolak seawal 7pgi kerana perjalanan memakan masa hampir 4jam.

Catatan lengkap mengenai Iskandariah ada di sini.
Ada sesetengah tempat kami tidak dapat pergi kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.


Pintu gerbang yang menyambut kedatangan kami...Alhamdulillah.
Allahu Akbar..pemandangan yang menenangkan jiwa.Sepanjang perjalanan dikelilingi lautan.Menenangkan jiwa memandang suasana yang cukup indah.Di sinilah permulaaan penggambaraan filem Ketika Cinta Bertasbih.>.<

Bergambar berlatarbelakangkan Istana Raja Farouk.Dikatakan besi yang tajam di setiap bumbung itu melambangkan betapa zalimnya Raja Farouk ini.Seorang raja zalim yang hanya tahu berfoya2.


Istana ini terletak di dataran tinggi menghadap ke laut tengah.Memang sejuk sangat ditiup angin dari laut.

Istana ini hanya dimasuki oleh orang2 tertentu sahaja.Orang ramai yang menziarahi ke sini boleh menikmati taman2 bunga yang indah di samping pemndangan laut yang indah.

Suasana agak sejuk ketika ini.
Di atas jambatan berhadapan dengan istana.

Kedai makan seafood di tepi pantai Iskandariah.Alhamdulillah sedap dan murah.Ketik menikmati hidangan,Subhanallah hujan membasahi bumiIskndariah ini.

Seterusnya kami ke Qal'ah Qaitbey.Ketika ini hujan turun renyai2 sudah agak reda.Jalan dibasahi air.Di belakang itu kubu yang dimaksudkan.Kami hanya memandang dari luar memandangkn cuaca yang tidak mengizinkan.

Dalam kesejukan hujan,kami tidak melepaskan peluang merasa aiskrim yang paling sedap di sini.Kedai ini terletak bersebelahan kubu qaitbey ini sahaja.Rouz bilhalib-nasi dengan susu dia di sini memang sedap!Rugi kalau tak rasa nasi dengan susu ini.Balik Jordan masih terasa keenakannya.^__^

Seterusnya kami ke makam Sheikh Abu Abbas Al-Mursyi.Makamnya terletak di belakang maasjid.Seorang wali Allh yang mempunyai banyak karomah.

Sampai di masjid ini pastinya ada penjual yang menawarkan jualan2 mereka.Hattakan ketika meletakkan kasut pasti ada yang meminta duit.Berhati2lah kerana ada yang mengambil kesempatan.
Setelah itu kami ke makam Nabi Daniel dan makam Lukmanul Hakim.Tidak sempat mengambil gambar,adik Faheem tidur.AAnak2 pula mahu ke tandas.Suasana memang sejuk.
Di sini juga ada gerai2 buah.Harganya lebih murah berbanding di Kaherah.
Alhamdulillah....Allahu Akbar..Subhanallah....mentari terbenam ketika kami meninggalkan Iskandariah.

Faraulah-stoberi yang sungguh sedap.Memang lain sangat rasanya dengan faraulah dari Jordan.Allah..kecur dah air liur teringat kesedapaannya.

Sebungkus kami hadiahkan kepada Izzati-anak kawaan tok abah yng belajar di sini.Juga merupakan kawan sepermainan ketika kecil2 dulu.So nostalgic!^__^

Adik Faheem memng suka sangat makan.Sedap!
Alhamdulillah,kami sampai jam 9malam.Rezeki kami malam ini , ada lebihan nasi dan ikan masak merah dari kantin di bawah,alhamdulillah,sedap!

Bilik yang kosong juga dihuni oleh sepasang saudara mara yang datang ke Mesir ini.Allahu Akbar!Beri hidayah kepada mereka,amin!

Oklah,jam menunjukkan 1.00 pagi 12 Mac 2013.Ummi mohon undur diri dulu.Nanti ummi sambung lagi yer..

*Ada catatan tertangguh,nanti ummi update yer.Ada 3 cerita.
1-Harilahir Jannah.
2-Kisah abi di radio Yarmoukfm.
3-Pertandingan taekwando anak2.

Moga Allah meredhoi kita semua,amin!

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com