Bismillah Walhamdulillah..
Salam Jumaat..Hari Jumaat yang panas menyengat ..
Alhamdulillah matahari sudah garang memancarkan sinarnya...
Baju yang dibasuh juga sekejap sahaja sudah kering..
Tingkap yang dulu sentiasa bertutup sudah di buka....
Petanda musim panas menjelma....
Dalam fatrah musim bunga yang indah2 sekarang.
Musim inilah yang paling orang suka..
Biasanya petang2 akan ada keluarga bersantai2 di tanah2 lapang,bawah2 pokok dan juga kebun2 bunga.Bahagia melihat orang lain bahagia bersama dunia masing2..
Ok,kali ini ummi nak tepek gambar jer dulu mengenai pertandingan taekwando anak2.
Banyak cerita yang ingin dinukilkan mengenai pertandingan ini.Nanti ummi cerita yer.
Sekarang tengok jer dulu gambar2nya.
Album gambar ada di sini.
Alhamdulillah...Jumaat, 8 Mac 2013 yang lalu satu Kejohanan Taekwando peringkat Irbid, anjura Markah Bukhori telah dianjurkan di Madinah Hassan.
Jannah dan Faqeh menyertai kejohanan ini.
Faqeh pada mulanya keseorangan ketika perlawanan lain sedang berlangsung,namun khusyuk menonton perlawanan.
Abi,Ammu Majdi dan Faseh turut serta.Ummi dan Faheem di rumah.Faheem tidak berapa sihat.
Acik Zulaikha,acik Hajar ada menemani memberi semangat kepada anak2 ummi.
CERITA FAQEH.
Faqeh menunjukkan aksi lincah dan tidak 'berperikemanusiaan' dalam pertandingan ini.Namun,inilah namanya pertandingan ada kalah dan menang.
Ketika pertandingan dimulakan,mereka akan menundukkan kepala sebagai tanda hormat,dan di akhir pertandingan mereka akan bersalam,maka akan terlerailah segala rasa tidak puas hati ketika perlawanana diadakan.
Abi paling bersemangat memberi kata2 semangat kepada anak jantan ni.Allahu Akbar,apabila ummi menonton video rakaman,memang tak terduga sebegitu lincah dan 'hidup' kakinya.
Memang di rumah juga kakinya sentiasa 'hidup' ...
Yang selalu jadi mangsa Faseh dan Kak Jannahlah atas ke'hidup'an kakinya..^__^.
Alhamdulillah,Faqeh menang tempat pertama dalam pertandingan ini.pada mulanya agak gagah dan lincah,namun di akhir perlawanan,nampak keletihan mula terpancar,namun semangat anak jantan takkan pudar.
CERITA JANNAH.
Pada mulanya Jannah memang bersemangat kental.Berlawan dengan penuh yakin.Namun tersilap langkah,kaki lawan terkena hidungnya,menyebabkan dirinya menangis.
Namun,abi dan yang lain2 memberi semangat untuk teruskan perlawanan.Alhamdulillah semangat anak dara ummi ini memang kuat,tahan cabaran dan ujian.
Namun,adat pertandingan ada kalah dan menang.Kemenagan tidak menyebelahi Jannah.Kami semua bangga dengan apa yang Jannah sudah lakukan.Semangat yang kuat untuk meneruskan perlawanan sehingga ke titisan darah yang terakhir.Sungguh ummi kagum dengan semangat itu!!!
Sampai di rumah,nampak kessedihan di wajah anak dara ummi.Ketika video rakaman ditonton,airmata dia berderai jatuh.Sedih dan sebak mengenangkan saat itu.
JANNAH PUTUS ASA.
Allahu Akbar,jelas kekecewaan yang amat sangat diwajahnya.Selama ini dia selalu sebut bahawa dia kuat untuk berlwan,dan diberitakan Faqeh tidak kuat.namun hari ni terbukti lain pula.
Mungkin sebab itu,dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa faqeh lebih kuat daripada Jannah dan Faqeh menang pingat emas.
Abi dan ummi serta acik2 memberi semangat.Alhamdulillah mereka adik beradik dibawa untuk bermain di Arabella Mall.Alhamdulillah kembali ceria.
HARI2 SETERUSNYA.
"Jannah taknak dah masuk pertandingan.Jannah taknak dah gi kelas taekwando.Faqeh selalu ejek Jannah."
Allahu Akbar..emosi seorang anak dara kecil ini perlu dibentuk dan dibelai seeloknya agar dapat meneruskan kehidupan dengan penuh ceria...
"Jannah,Jannah kena ingat Jannah perempuan.Faqeh lelaki,memang lebih kuat dari perempaun.Tengok ummi dengan abi,siapa yang lebih kuat?"
"Faqeh ada kelebihan dia,Jannah ada kelebihan Jannah.Jannah dah hafaz juzuk amma belum?
Jannah dah hafaz juzuk 29 dan 30~Alhamdulillah.
Faqeh belum habis lagi hafaz juzuk 30,maksudnya Jannah ada kelebihan dari Faqeh"
Alhamdulillah,akhirnya anak dara ummi tersenyum dalam gembira,dan sudah mahu meneruskan kelas taekwando seperti biasa.Alhamdulillah segala puji selayaknya untuk Allah!
PENUTUP.
Memang payah juga berhadapan dengan konflik anak dara dan anak teruna.Anak dara memang berbeza dari anak teruna.
Allahu Akbar..
Semoga Allah mudahkan ummi untuk mendidik buah hati ummi menjadi anak yang soleh yang bisa membahagiakan kami dunia akhirat,amin!
*Ummi nukilkan kisah ini di sini supaya suatu hari nanti ketika anak2 ummi sudah dewasa,ketahuilah bahawa ummu abi amat sayangkan kalian dan sentiasa berharap kalian menjadi orang yang terbaik dunia akhirat.
Juga sebagai penguat semangat akalian ketika kalian berhadapan dengan cabaran dan ujian kerana kalian memang sudah mampu berhadapan cabaran dari sejak kecil lagi..
Allahu musta'an..
Semoga Allah redho ..amin!

No comments:
Post a Comment