Sunday, December 16, 2012

My Hubby

Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 10.26 pagi.5 degree sekarang.Syita' yang sejuk!!!

Alllahu Akbar..ini musim sejuk kedua untuk Faheem....berlapis2 dia pakai baju.Sobah terpaksa dipasang,namun perlu berhati2 kerana dia akan pergi bermain dengan apinya.

IMG_5144

Ummi ingin bercerita tentang abi...

Program abi sedang berjalan untuk keperluan abi menyiapkan tesisnya.
Seminggu 4 kali program diaturkan untuk pelajar tersebut.
Seramai lebih kurang 18 orang pelajar syabab tahun satu dipilih untuk abi ajarkan tenik belajar bahasa arab .

Setiap kali program diadakan,
kami akan sediakan makanan untuk mereka
Allahu Akbar....penat lelah,masa, wang dan tenaga  dikorbankan ...
Semoga Allah yang akan membalasnya...

Insya Allah pasti ada ganjaranNya di dunia mahupun di akhirat kelak..amin...

Minggu lepas harilahir abi ..tiada apa2 sambutan dibuat.
Tapi yang menarik dan yang buat abi terharu..syabab Siamanu hadiahkan kek untuk abi...
Nanti ummi upload gambarnya.Syukran ammu!
Anak2 ummi yang habiskan..sedap!


Berjalan di blog ummusaif.com.Terjumpa sajak yang syahdu ini...
Allahu Akbar..bantulah aku seorang isteri yang ingin menjadi solehah..amin!

Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita

Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu umpama rusuk
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya
Kerna itu biasa
Lumrah hidup kita semua

Suamiku

Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..

UMMUSAIF.COM
9 Februari 2008

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com