Sunday, November 4, 2012

Kelab Isteri Solehah Jordan.

kisj latest

Bismillah Walhamdulillah.

Jam menunjukkan 11pagi.Abi ke Amman bersama Kak Tasnim.Insya Allah jika kita mudahkan urusan orang lain,insya Allah Allah akan mudahkan urusan kita,amin!
Adik Faheem baru terlena di atas riba ummi.Faqeehah,masa mama (Kak Tsnim) hantar tadi masih mengantuk lagi.
Sekarang baru bangun,sambil bermain anak2 patung Kak Jannah.Nanti ummi akan ceritkan tentang Faqeehah atau a'h ini dengan kakaknya Wafiah di entry lain yer.

Ok,kali ini ummi ingin bercerita tentang 
Kelab Isteri Solehah Jordan.

Allahu Akbar...Dr Aidh Al Qorni ada berpesan dalam kitbnya "As'adu Mar'ah fil 'Alam"-Wanita Pling Bahagia di Dunia...
"Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang kering kepada taman indah yang menghijau subur"

Mengambil inspirasi dari sini,ummi tubuhkan kelab ini di kalangan isteri2 di seluruh Jordan.

Namun yang ummi biasa hanya di Irbid sahaja.Memandangkn adik2 baru ramai yang sudah berumahtangga,maka ummi rasakan perlunya ad tempat rujukan untuk adik2 ini di perantauan.

Semoga hati2 mereka yang menyertai kelab ini akan subur menghijau dengan adanya perkongsian ilmu dan pengalaman,amin!
Alhamdulillah....banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ummi kutip sepanjang wujudnya kelab ini..antaranya..
1-UKHUWAH.ini yng paling penting..berukhuwh,berkasih sayang kerana Allah..insya Allah akan ada ganjarannya di dunia mahupun akhirat kelak,amin!
..banyak lagi nak dikarang sebenarnya..nanti ummi update semula yer.A'h dah bangun, nak tukar baju dan suap dia makan kejap yer.Ok,nnt ummi sambung yer.

Alhamdulillah..diberi peluang menyambung karangan ini..

Macam dah hilang idea jer nak cerita apa..
Ok..tarik nafsa panjang2..ambil mood..kita sambung cerita yer..

Pasal Kelab Isteri Solehah yer...

yang kedua.
semestinya Ilmu2 yang berguna untuk masa hadapan.

~ Kami ada kelas memasak..Alhamdulillah banyak dah menu yang kami belajar.Banyak manfaatnya apabila menuntut dengan yang pakar.Alhamdulillah syukur pada Allah..Terimakasih kepada ceffah2 Irbid yer..Najihah,Kak Abida,Kak Aizah,Kakti,Maryam dll.

~Kami ada keas Fiqh Wanita-dibentang oleh Kak Su-lepasan Azhariah dalam bidang syariah.Alhamdulillah..terimakasih kerana berkongsi ilmu.

~Kami ada bedah kitab tarbiyatul awlad.Sama2 bentang dan bicang.Alhamdulilah banyak manfaatnya.Boleh terus praktikkan pada anak2.

~Kami ada kelas kesihatan.Baru petang tadi buat.Ummi tidak dapat hadirkan diri,Faheem demam muntah2.
Adik2 JUST bakal2 doktor yang bentangkan.

yang lainnya~ berkongsi2 pengalaman.Masing2 ada pengalaman.Apabila berjumpa adalah perkara yang hendak dikongsikan.Alhamdulillah.

Semoga Allah sentiasa hidupkan hati2 kami ini dalam jalan mencari keredhaan Allah,amin.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com