Wednesday, September 12, 2012

Mirwahah (Kipas)

Allahu Akbar... 


Alhamdulillah ada masa untuk mengupdate entri ini..
 Hanya diletakkan gambar sebelum bercerita..

Banyak cerita yang hendak diceritakan..
Sekeping gambar mampu menceritakan 1001 kisah di sebaliknya..
^___^.

Percubaan pertama.

Dalam proses membuat kipas ini ..ummi dan anak2 pada mulanya menggunakan kertas A4 biasa.
Selepas itu gunakan jarum untuk lekatkan semua bucu di tengah.
Hasilnya....kipas bergerak sikit jer,dan akhirnya terkulai lemah..

Percubaan kedua.
Kami gunakan kertas yang agak keras.
Kertas lukisan yang belajar melukis2 denga Acik Nafesa dan Acik Nik kami guna semula.
Masih menggunakan jarum ditengahnya.
Hasilnya....tangan ummi tercucuk jarum..sakit!
Masih tidak menjadi..

Percubaan ketiga.
Masih lagi guna jarum.tapi kami lekatkan pada lidi menggunakan salotape.
Hasilnya...kipas berpusing,tapi sekali dengan lidi.

Jannah: Alaaaa...ummi dah banyak kali kita buat nih..tak jadi2 jugok!
Faqeh: Jadi jer ummi..boleh jer main nih..
Faseh: ....( Berlari2 sambil ketawa melihat  kipas berpusing sambil lidipun bersam bergerak.)

Ummi: Takper,jangan putus asa..kita cuba lagi.

Percubaan keempat.
Kami dapat idea masukkan kipas ke dalam lidi.
Setiap bucu ditebuk menggunakan gunting.
Pertama kali dicuba di depan kipas...
Wow...semua teruja ..berpusing dengan lajunya..
Alhamdulillah..

Percubaan kelima.
Jannah mencuba kipasnya di beranda rumah..
Kipas berpusing..angin laju..
Tapi..kipas terjatuh ke bawah..
Puas pulak ummi mengambil batang penyapu..
menolak kipas yang terjatuh atas khemah UmmuQusoi..
Haih..macam2 anak2 nih...

Percubaan keenam.
Faqeh letakkan plastesin di depan dan belakang kipas.
Menjagi dengan baik.
Tapi..apabila plastesin keras,dia tercabut dengan sendirinya..
Tak menjadi dengan baik lagi...

Percubaan ketujuh.
Ha.....Jannah ada fikrah(idea)..
Kita ikat kat atas dan bawah kipas ni dengan getah..
Baru dia tak jatuh...
Fuuuuh..alhamdulillah..
Setelah 7 kali percubaan..waakhiran!!!
 
MIRWAHAH KAMI MENJADI DENGAN SEMPURNA!!!!

Alhamdulillah...
Apa yang penting???
KERJASAMA!!!

 Tabung duit.
Anak2 ummi teruja membuat tabung duit sendiri.
BUat pertama kali ummi ajar mereka.
Alhamdulillah..
Cepat jer mereka faham.

Kami gunakan bekas tin biskut.
Ditebuk penutupnya.

2 hari selepas tabung dibuat.Abi beli lagi biskut tersebut.
Cepat jer Faqeh buat sendiri tabungnya.
Bila ditanya untuk apa...

"Satu tabung untuk duit syiling, satu tabung lagi untuk duit kertas".

 Alhamdulillah ala kulli hal...
Ya Allah..jadikan anak2 kami sebagai penyejuk mata kami..
Mampu bahagiakan kami dunia akhirat,amin!




No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com