Tuesday, August 14, 2012

Terbang di Awan

Merentasi benua..~Malaysia 2011~

Bismillah Walhamdulillah..

Jam menunjukkan 2.30 pagi.
Anak2 masih segar bugar..dah tidur siang tadi.
Lepas asar baru bangun,pastu sembahyang 8 rakaat-Zuhur dan Asar sekaligus.
Lepas Subuh baru tidur.
KAdang2 kalau ummi tertidur,mereka yang akan kejut bangun sahur.

Alhamdulillah,setakat ni,baru sekali tak terbangun sahur.
Yang lain memang anak2 yang kejut.

Allahu Akbar hari ni dah 25 Ramadhan...
Irbid, Jordan dah semakin sunyi..
Hanya suku pelajar Malaysia yang tinggal beraya di sini..
Yang lain,semuanya sudah pulang ke Malaysia..

Ummi sekeluarga beraya di sini..
Iya ..buat kali terakhir..
Tahun depan,insya Allah kami akan pulang terus ke Malaysia..
Jadi ..tahun ini perlu ambik peluang beraya di perantauan..

Beraya di perantauan ada hikmah dan nikmat yang tersurat sebenarnya..
Iya..berjauhan dengan keluarga..

Namun,alhamdulillah setelah 4 tahun berada di sini..
Kerinduan sudah berkurangan kepada keluarga..
Mungkin baru lagi berjumpa keluarga pada bulan 6 yang lepas..

Dan..ini kali terakhir berada di bumi Jordan ini..
Pastinya nanti kami semua akan merindui pula bumi anbiya' ini..
Terasa sedih dan pilu bila dikenangkan akan berpisah dengan bumi ini..

Allahu Albar...
sayu dan pilu menjalar di sanubari..
Pasti segala2 yang ada di sini akan dirindui..

Sampaikan ada yang sanggup untuk balik lewat ke Malaysia
Semata2 ingin mendapatkan suasana berpuasa di JOrdan..
Subhanallah Masya Allah..

Memang ummi kagum dengan semangat yang ada pada adik nih..
Hatta kakaknya dari Rusia juga datang ke Jordan untuk menikmati suasana ini..

Iya..suasana di sini..
Ramadhan dialu2kan sangat kedatangannya..
Malah raya memang kurang diraikan...
Berbeza dengan suasana di Malaysia ..

Gambar di atas di ambil dalam flight Oman Air
Ketika kami pulang beraya di Malaysia tahun lepas..
Allahu Akbar..
Rindu datang juga menjelma..

Namun sabarlah wahai hati..
Tidak lama lagi kami pulang..

Oklah,ummi berhenti di sini dulu..
Nak bersahur sebentar...


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com