Thursday, April 12, 2012

WADAAN YA SYITA'!

BIsmillah Walhamdulillah..

Mentari sudah garang menunjukkan sinarannya..
Namun angin masih bertiup lembut,
dan mampu menyejukkan dan mendamaikan hati ..
Alhamdulillah nikmatnya angin itu!

Apa yer yang ummi ingin ceritakan kali ini..

Wadaan ya syitaa.. Good bye winter...

Maksudnya :

Boleh mula simpan baju2 musim sejuk yang tebal2 dan besar ke dalam beg!
Boleh keluarkan baju2 musim panas yang nipis2!
Boleh buka tingkap seluas2nya!
Boleh hirup udara yang segar dari ladang zaitun!
Boleh mandi setiap hari anak2 ummi!
Boleh makan aiskrim banyak2!

Alhamdulillah ala kulli  hal!

Ummi nak bercerita mengenai musim sejuk di bumi Jordan.


Musim sejuk adalah musim yang paling mencabar dalam banyak2 musim.
Namun musim inilah yang paling ditunggu oleh anak2 ummi.
Sebabnya boleh main salji katanya.

Namun bagi ummi ..musim sejuk ni banyak karenahnya.

- Terpaksa pakai baju banyak lapis- sampai 5 lapis banyaknya!
          * anak2 nak pergi sekolah memang seksa nak menyiapkan mereka.
          * memakai baju si Faheem lagilah payahnya.Berlapis2 dan siap kena berbarut lagi.

- Stokin dan selipar di dalam rumah memang kena pakai.
        * anak2 ummi memang kena paksa pakai stokin dan kasut dalam rumah.
     
-Nak tidur memang kena selimut tebal dan ber'sobah'-pemanas yang menggunakan gas.

- Kena guna air panas- hatta membasuh pinggan dan mandi juga.

- Tingkap terpaksa ditutp mengelakkan angin sejuk dan air hujan masuk.Menyebakan timbul kulat2 kelabu di dinding..

Namun ada juga kebaikannya...

-Mandi anak2 ummi 2minggu sekali.
-Basuh baju seminggu sekali-memang jimat air!
-Lipat baju tak banyak!
-Makanan payah nak basi.

Musim sejuk ditinggalkan..
Musim bunga dan panas berganti...


Allahu Akbar ...begitulah setiap kali pertukaran musim..
pastinya..ada perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian kami di sini.

Semoga dengan perubahan musim..
akan ada juga perubahan dalam ibadat kita semua
 ke arah yang lebih banyak!Amin!







2 comments:

- Agunci - said...

Assalamualykum.

Agunci datang ziarah sini.

Jemput baca post terbaru.

Moga ada sesuatu yang dapat dijadikan penyeri kehidupan.

Terima kasih.

ummufaqeh said...

Wa alaykumussalam..

Terimakasih datang ziarah di sini...

Aamin..semoga kita memperoleh manfaat bersama..

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com