Wednesday, March 14, 2012

Nukilan Hati Ummi.

Bismillah WAlhamdulillah..

Lama tidak menukilkan sesuatu di sini.
Hari ini cahaya matahari sudah memunculkan dirinya.
Alhamdulillah,ahlan ya robiek..
Tingkap2 pun dibuka sedikit untuk memberi laluan angin sepoi2 bahasa menggigit2 tulang.
Sekejap sahaja dibuka,namun terasa sejuk, terus ditutup.

Banyak perkara yang ingin dicatatkan di sini.

Bermula dengan cuti musim sejuk yang lepas.Kebanyakan pelajar di sini akan mengisi masa cuti musim sejuk ini dengan pergi melancong ke mana2.Ada yang pergi Turkey,ada yang menunaikan umrah dan ada juga yang tidak ke mana-mana.

MUHAMMAD FAQEHUDDIN.

Anak2 ummi bercuti selama sebulan.Ummi ambil peluang untuk membuat latih tubi untuk anak2 ummi.Terutamanya Faqeh.Ummi ajar dia setiap hari Iqra' dab juga Bacalah Anakku.Alhamdulillah..boleh rupanya dia.Sebelum ini,agak letih juga mengajar dia.Tapi rupanya kena sabar,akhirnya..dia sendiri yang minta kita ajarkan kepada dia.Faqeh merasa seronok untuk belajar membaca.Alhamdulillah.

Faqeh nak jadi Thobib hayawan-doktor veterinar.


BELAJAR MELUKIS.

Anak2 ummi amat suka melukis dan mewarna.Alhamdulillah diberi peluang untuk anak2 ummi belajar dengan acik Nisa dan Acik Nik.Mereka meluangkan masa datang ke rumah ummi,dan mengisi masa dengan anak2 ummi.Terimakasih banyak2 dik.Banyak yang anak2 ummi belajar.





MEMBACA DAN MEMPRAKTIKKAN.

Ummi ada membeli beberapa buah buku dalam bahasa arab.Dan ummi ada terjemahannya dalam bahasaa Melayu.Doakan ummi yer!



Sekian,semoga Allah berkati kita semua!

7.15 malam.
sejuk suam2 kuku.
Irbid,Jordan.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com