Thursday, January 19, 2012

HURUL JANNAH - SI BIDADARI SYURGA.

Bismillah Walhamdulillah ..
Hari ini 19 Januari 2011, jam sekarang 12.42 thari.Hari ini ummi ingin bercerita tentang satu2nya anak dara ummi.

Nama diberi Hurul Jannah Muhamad Zaid yang bermaksud bidadari syurga.Semoga akhlak dan peranagai anak ummi menggambarkan peribadi bidadari syurga...semoga berupaya dan mampu unutk menjadi penghuni syurga..amin!



BACAAN DOA.

 "Kak Jannah,cepat tolong bacakan Faseh doa..
Faseh nak masuk tandas".
" Ok,masuk tandas kaki kiri yer,keluar nanti kaki kanan".

Di hari lain pula perbualan Faqeh dan abinya.

"Abi,ada tak doa apabila kita terlupa baca doa masuk tandas?
Macam apabila kita terlupa baca doa sebelum makan kita baca Bismillahi awwalahu wa akhirahu."

Anak2 ini pemikirannya tak disangka2.Ada jer persoalan yang pening nak menjawabnya.Faseh sekarang alhamdulilllah sekarang dah pandai baca sendiri doa.Sebelum ini memang selalu suruh Kak Jannah bacakan ,walaupun dalam keadaan yang tak tertahan nak pergi ke tandas..

Musim sejuk di sini memang selalu hendak ke tandas.Dan ada beberapa kali anak2 ummi tak sempat nak ke tandas,habis karpet pasah dengan air kencing mereka.Nak mencuci karpet memang agak merumitkan di musim sejuk ini.Di sini memang semua rumah memasang karpet kerana persediaan untuk musim sejuk.

Alhamdulillah tulisan doa ini ummi ambik dari buku dan ditulis di kertas.Meletakkan baris adalah Kak Jannah dan Faqeh.Yang tukang menampal dan memanjat adalah kerja Faseh.Semua ada tugas masing2.Seronok tengok anak2 bekerjasama membuat sesuatu.





YOYO DAN ALIF BA TA.

Permainan anak2 ummi sekarang,yoyo.Abipun tidak ketinggalan.Kak Jannah juga semakin pandai bermain yoyo sekarang.

KAd Alif ba ta itu projem ummi dan anak2.Ummi potong plastik dan tampal pada dinding.Boleh ambik dan letakkan kembali kad tersebut.Kad inilah yang setiap hari kami baca dan hafaz perkataannya dam 3 bahasa.Moga Allah mudahkan urusan ummi mendidik anak2 ummi ini,amin!



JANNAH DAN FAHEEM.

"Ummi adik Faheem keluar macamana?"
"Doktor yang tolong ummi keluarkan Faheem.Itu sebab ummi kena pergi hospitan masa adik Faheem nak keluar.
"Macamana Faheem boleh duduk dalam perut ummi dan keluar?"
"Adik duduk dalam perut ummi ni ada tempat dia dan dia makan apa yang ummi makan".

"Ummi sakit tak masa adik Faheem keluar dari perut ummi?"
Sakit sangat...tapi ummi tahan ..dan ummi sanggup sakit,yang penting anak ummi selamat keluar.Jadi,Jannah kena sayang ummi abi sokmo.



JANNAH DAN A AH.

Faqeehah merupakan anak jagaan ummi.Juga merupakan kawan sepermainan Jannah.Yerlah yang hero2 ni mana nak main masak2 dan anak patung.Kadang2 apabila si hero ni bergaduh dengan a ah , Jannahlah jadi pendamainya.

Ummi selalu pesan kat anak2ummi.
Jaga a ah baik2.Jangan buat dia menangis.
Mereka disuruh berfikir dan bayangkan apabila berada di Malaysia nanti, mereka juga akan dihantar ke rumah orang kerana ummi bekerja.Sudah semestinya mereka tidak mahu orang buat tidak elok pada mereka.Begitulah sebaliknya.




Di rumah A ah,sebelum pulang ke Malaysia.Sobah dipasang.sejuk!


Di luar rumah A ah...musim sejuk nih!


A ah dan bebenya..bawak balik Malaysia tuh!


Subhanallah..pokok yang menggugurkan daunnya di musim sejuk dan kembali sediakala di musim panas.


MUFAKKIRAH YAUMIYYAH JANNAH.

Alhamdulillah setiap hari jannah akan menulis catatan harian dalam bahasa arab,dan akan dibetulkan oleh abi.
Tazkirah Yaumiyyah tp di betulkan sebenarnya Mufakkirah Yaumiyyah.- Catatan Harian ala2 diari gituh!
Catatan Jannah sebelum A ah pulang ke Malaysia.



JANNAH DAN AFNAN.


Alhamdulillah pada minggu lepas selama 3hari 2 malam Jannah berada di rumah sebuah keluarga arab di Ghamim.Setengah jam perjalanan dari Irbid.

Jannah diambil oleh Ukhti Syai'ma.Syukran!Alhamdulillah..Jannah dapat menyesesuaikan diri dengan baik bersama keluarga tersebut.Sebelum kami sudah ke rumah mereka.Allahu Akbar, kami sekeluarga amat2 dialukan mereka.


Pelbagai hadiah permainan diberikan.
Jazakumullahu Khoiran Kathiro..


Jannah masih teringatkan adik2nya apabila berada di sana.Adik2 diapun teringat jugak kat kakaknya.Yerlah nama adik beradikkan.




Faheem Jannah dan Afnan.Geram tengok mata dia!


Afnan,adik yang paling kecik dalam keluarga mereka.


Hadiyya min Syaima' wa Mariyyah.


Semasa di rumah mereka Jannah  memberi msg ini kepada Ummi.

Abi berbual dengan Afnan.Dia tak makan makaroni,dia makan kek jer.Tengok kat dinding tuh,dah lubang2,si Faqeh yang ambik untuk ditulis dalam bukunya.


Ini Jannah kat rumah mereka.Baju yang dijahit oleh mak mereka. (Maaf gambar gelap sikit,amik guna hset jer)


BEG DUIT DAN BEKAS PENSEL.

"Ummi, dulu masa kecik2, tok ma jahit tak bekas pensel untuk ummi?"
"Ummi pandai jahit ni tok ma ajar ummi ker?"

Teringat zaman kecik2 dulu,hobi menjahit.Sampai patah2 jarum tok ma dibuatnya.Mak teh pulak siap tembus jarinya dek jarum mesin.Ingat tak mak adahnyer yer..Dulu2 memang suka jahit bekas pensel sendiri, buat manik2 kerongsangpun ada jugak,siap jual lagi.

Projek ummi dengan anak2.Bekas pensel untuk Faqeh dan Faseh.Beg duit untuk Jannah.
 Alkisahnya, abi baru beli pembaris untuk semua orang.Bekas pensel Faqeh dan Faseh tak cukup panjang,tak muat pembaris.
Sudahnya ummi buatkan bekas pensel baru untuk hero ummi ni.Seronok tengok mereka gembira.Hasil jahitan pertama untuk anak2 ummi.Kak Jannah nak beg duit.Ummi buatkan.
Kain2 ni pun ihsan dari orang.Bekas pensel tuh dari kain batik Kak Da,yang sebelum ini dijadikan barut untuk ibu bersalin,dan diminta ummi menajhit barut untuk anaknya pula.

Kat Jordan nih,semua jadi.Ada lebihan kain,ummi buatkan bekas pensel untuk hero ummi ni.Unik apa!

Beg duit kak Jannah pula lebihan barut untuk Asiah.(Anak jagaan ummi dulu-ramai betul anak jagaan ummi..Tak per,hidup di perantauan nih kena saling tolong menolong antara satu sama lain.)

Inilah bekas pensel batik dan beg duit pooh anak2 ummi.Gembira sangat mereka,alhamdulillah!




Alhamdulillah selesai juga catatan ummi tentang anak dara ummi ini.Seorang kakak yang tegas dengan adik2nya.Tapi kadangkala menangis juga di'kerjakan' 2 orang hero tuh.Tak campur sorang lagi hero kecik ummi nih..

“Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.”


9.36 malam.
Alhamdulillah baru siap!
Tadi hujan air batu kat Irbid!
Salji tak turun tapi turun ketul2 ais,Subhanallah!
Abi buat kelas untuk student ajar nahu.

19 Januari 2012.
Irbid,Jordan.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com