Thursday, December 29, 2011

Diari Usang.

Bismillah Walhamdulillah..

Allahu Akbar..banyak perkara yang ingin dikongsikan di sini.
Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir2 ini..

Jam sekarang menunjukkan 12.30 pagi..29 November 2011.3 Muharram 1433.
Baby Faheem duk atas riba ummi sekarang.
Musim sejuk sudah tiba,sobah(pemanas gas) sudah dipasang.Bilik abi dan juga bilik anak.
Semalam Faqeh terkencing atas katil.Sejuk sangat agaknya.

Hari ini sudah 20 Disember 2011.Maknanya sudah hampir sebulan entri ni duk terbiar dalam draft.hehe..

Juga tak berjaya dipostkan..Hari ini sudah 29.12.2011.Adoilah..brp banyk bulan terbiar dalam draft jer nih..

Apa yer yang ummi tuliskan di sini.
Diari lah yer..
Last entri 31 Oktober 2011.Sudah hampir sebulan dua bulan tidak mencatat di sini.

5 November 2011- Abi sampai di bumi Jordan tengahari.Alhamdulillah.Gembira sangat anak2 ummi.Allahu Akbar..syukur sangat2 abi sudah kembali ke sisi kami.

Ummi dapat panggilan dari abi sebaik mendarat di Amman,Jordan.
"Ayah tenat,call kampung sekarang"
Allahu Akbar...ayah dimasukkan semula ke hospital.

Alhamdulillah anak2 amat gembira menyambut kepulangan abi.Allahu Akbar,lega memandang wajah abi yang tenang...

Abi sudah tenang meninggalkan Malaysia,meninggalkan ayah..Sudah bersedia menerima segala kemungkinan yang berlaku.


6 November 2011- Ummat Islam menyambut Raya Korban..Kami berya sekadarnya..
Ayah masih berada di hospital Kuantan.

7 November 2011- Abi bersolat subuh di masjid.Mendapat panggilan ayah nazak!Allahu Akbar.Tepat jam 5.00 pagi waktu Jordan bersamaan 11 pagi waktu Malaysia,ayah telah menghembuskan nafas terakhirnya..Berakhirlah sudah perjalanan hidupnya..Allah lebih menyayanginya..

Kami di sini hanya mempu mengirimkan doa bersama deraian air mata.
Hanya mampu menatap sekujur tubuh ayah yang telah selamat dikafankan di hadapan skrin komputer.
.. Oklah setakat ini dulu..nanti ummi sambung lagi yerr

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com