Sunday, October 16, 2011

Penangan Halia!

Bismillah WAlhamdulillah.

Jam menunjukkan 10 mlm.Faheem ada di sebelah ummi,duduk dalam walker.Faseh tengah tengok upin dan ipin.Jannah dan Faqeh sudah selamat belayar.Esok mereka perlu bersekolah.Abi ke Jamiah ada forum untuk TOT PINTAR.Ummi ?hm...mengadap laptop..Menjenguk2 blog kawan2 ummi yang sudah 2 bulan rasanya tidak dijenguk.Setelah pulang dari Malaysia , tiada banyak masa dapat diperuntukkan di hadapan laptop.

Sekarang sudah masuk musim gugur.Cuaca nampak macam panas,matahari keluar,namun anginnya amat2 sejuk,mencengkam ke tulang.Sekarang ummi sudah berbaju sejuk dan hidung sudah selesema.Rumah kami agak banyak tingkap kalau dibandingkan dengan rumah lain.Makanya,banyaklah angin yang masuk.Ditambah lagi di belakang imarah (bangunan) kami ini ada tanah lapang yang ditanam pokok zaitun,lagilah menambahkan kesejukan rumah kami ini.

Anak2 juga sudah memakai hirom ( selimut tebal) apabila tidur.Kipas sudah jarang berputar sekarang.Sejuk jugalah.Ummi tidur juga memakai stokin.Sebelum tidur perlu menyapu minyak panas di kaki.Bimbang juga kesihatan kaki ummi ini.Balik Malaysia hari tu,memang tok bidan yang mengurut ummi dah pesan awal2, selalu kena sapu minyak panas dan kena bertungku.

Jadinya ummi perlu melakukan semua itu, walaupun baby ummi dah hampir masuk 5 bulan.Yerlah duduk di perantauan,iklim 4 musim ini berbeza dengan iklim khatulistiwa.Angin kat sini sejuk sangat2.Lagipun badan ummi ini sudah banyak ubat2an yang masuk,yerlah anak dah 4, 2 bersalin normal, 2 lagi pembedahan,umur pun dah tua..jadinya tidak mustahil badan akan selalu sakit2.Jadinya ummi akan sentiasa setia untuk menjaga kesihatan demi anak2 kesayangan ummi.

Malam2 sebelum tidur, kena sapu minyak panas dan berurut serba sedikit.Pagi esoknya bangun tidur, bertungku pula.Mandi perlu mandi air suam.Bahkan sekarang membasuh pinggan juga ummi dan menggunakan air suam!Biasanya musim sejuk betul2 nanti barulah guna air suam.Namun,badan ummi dah tak tahan.Sejuk!

Sekarang masakanpun banyak menggunakan bawang putih,lada hitam dan halia.Sampaikan abi pening bau halia banyak sangat.Ummipun dengan penuh semangatnya cakap,
"Halia ni bagus untuk kesihatan kita,nak buang angin yang tak elok dalam badan kita".
Abi dengan redhanya makan masakan ummi yang banyak halia.Tapi sebenarnya tak banyakpun.Lebih sikit dari biasa ajer.Sudahnya,abi yang banyak membuang angin!
Itulah makan banyak sangat halia!!!sian kat abi.


Apalah yang ummi duk membebel2 sorang2 nih.Faseh nak minum susu botol.Dari tadi dah minta dengan ummi.Adik Faheem pun dah merengek2 nak tidur.Oklah nanti ummi sambung lagi yer.Banyak nak cerita sebenarnya.Tentang anak jagaan ummi, A-ah, tentang roller blade kami di Jamiah pada Jumaat lepas, dan yang terbaru petang tadi,kami ke kenduri Nadhiran dan Ali yang dibuat di sini.Nantilah ummi updatekan sekali dengan gambarnya yer!



10.27 malam .
16 degree.
Sejuknyer!
Irbid,Jordan.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com