Tuesday, July 5, 2011

Nukilan Hati Mingguan.

Bismillah Walhamdulillah..


Ummi sebenarnya kehilangan idea bagaimana hendak memulakan penulisan di blog ini.
Sebenarnya gaya penulisan sebelum ini berupa sebuah diari.


Benar..ummi hasilkan blog ini "Nukilan Hati"...
apa yang ummi rasa ..
ummi nukilkan di dalam ini.
Juga diari catatan harian ummi sebenarnya.
Jika ada manfaat ,ambillah yang baik.
Yang tidak elok,jangan diikut.

Sungguh tidak mampu menaip dan menukilkan dengan gaya bahasa yang elok..
Maafkan ummi.
( Adakah ini kesan dari czer ?) 
Inilah anak2 yang memberi ummi semangat!!!

Oklah..

Catatan mingguan ..26 Jun - 2 Julai 2011.

BERURUT.

Alhamdulillah ummi sudah 90% kembali pulih seperti sedia kala .Hanya mencari 10 % lagi kesihatan yang perlu diperbaiki.Ummi masih terasa sakit kaki ketika berjalan.Abi sudah mengurut ummi.Katanya banyak urat bersimpul nih..Ummi sudah bertungku sebenarnya.
Namun ada juga kesakitan yang tidak hilang.
Qalbi sudah mengurut ummi juga,namun masih juga tidak hilang.
Ummi amat berharap kesakitan akan hilang tidak lama lagi,amin!
YA Allah sembuhkan aku seperti sedia kala..amin!



BERJALAN.

Ummi sekeluarga dijemput untuk jamuan makan2 di rumah Kak Su pada 30 Jun 2011.Dia baru balik dari Malaysia.Pertama kali membawa Baby Faheem keluar.Alhamdulillah, abi bawa menggunakan stroller.Ummi berjalan kaki.Kena exercise berjalan kaki juga ummi nih.Namun masih terasa kekejangan di bahagian kaki sebenarnya.Malamnya balik dari rumah Kak Su,terus tertidur keletihan.


Gembira mendapat adik baru..alhamdulillah.

ROLLER BALDE BERSAMA FAHEEM.

Pertama kali membawa baby Faheem masuk ke Jamiah pada hari Jumaat, 1 Julai.
.Kakak dan abangnya ingin main roller blade.Jadi,baby Faheem juga ikut sekali.
Alhamdulillah baby tidak banyak meragam ketika dibawa keluar.
Suka sangat keluar nih..



MUSIM PANAS BERANGIN KUAT.

Sekarang musim panas,namun angin masih kuat bertiup.Malam2 agak sejuk.Ummi masih memakai hiram (selimut tebal) ketika tidur.Malah ummi juga memakai stokin.
Yerlah masih belum cukup 60 hari. Kesihatan perlu dijaga.Anak2 juga sekarang kuat minum air.Baby Faheem lagilah kuat minum susu ummi.
Semoga cepat2 membesar dengan sihat yer.

FAQEH FASEH BOTAK.

Sudah dibotakkan 2 orang budak lelaki ini.
Nanti Faheem besar,abinya cakap..akan ada 4 orang botak sekaligus...
Faqeh,Faseh,Faheem dan ....abinya..hehe.
Anak2 dibotakkan di kedai.Memudahkan urusan ketika mandi.
Sekarang ni,setiap hari mesti mandi,panas!


Selamat botak 2 hero..heroin pulak gigi dah banyak 'syahid'.

UKHUWAH.

Ummi dapat kawan baru..Kak Nor dari Dungun.Sungguh ummi sangat gembira dapat berkenalan dengan Kak Nor yang sungguh tabah orangnya.Moga ummi juga akan tabah seperti beliau.

Juga ummi berkenalan dengan Nur..Terimakasih atas kiriman tablet ikan haruan..
Sungguh ummi menghargai ukhuwah yang terbina di alam maya ini.Walau tidak pernah bertemu,namun kerana Allah kita berukhuwah,akan terasa indahnya..


Alhamdulillah..Faheem di usia 50 hari.Sungguh teruja melihat perkembangan
dari hari ke hari baby ummi ini.


Oklah rasanya setakat ini sahaja coretan ummi di minggu ini.
Dulu ummi buat coretan daily, sekarang weekly pulak.
Almaklumlah ada hero baru dan lama yang perlu dibelai dan dimanja..
Gambar tak sempat nak upload lagi..
Nanti ummi upload yer..
..( maaf..terasa bahasa entah apa2..maaf cikgu bm yer!)

3 comments:

misabammas said...

Alhamdulillah, ukhuwah terjalin kerana Dia yang mengaturkan. Pasti ada sesuatu yang ingin Dia beri dari perkenalan ini...

Pasal czer sama la, kesan sakit kaki, pinggang dan segala sendi terasa walau sudah berurut dan bertungku. Mungkin kesan bius separa ya? Akak masih rasa sampai sekarang.... Yang lain semua bersalin normal cukup bertungku dan bersalai, yang ni memang pakai biar je tak leh buat apa2.

ummufaqeh said...

Moga kita mampu mencari hikmah dari apa yang telah Allah aturksn dalam kehidupan kita kak..

Semoga kita berdua cepat2 sembuh..insya Allah..sakit ini ada pahalanya di sisi Allah jika kita sabar..Sabar itu indah kan kak..

mimmie said...

seronok kak jannah bersama 3 hero kesayangannye...baby faheem iras muka abg faseeh...sy suka baca catatan akak..bahasa mudah nk faham..jgn berhenti menulis ye..salam ukhwah dari malaysia..bulan depan izzati CI nk balik...tak sabar nk jumpaa...;)

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com