Wednesday, July 27, 2011

BAHAGIAKAN KAMI DUNIA AKHIRAT!

Bismillah Walhamdulillah..

BAHAGIA.

Hakikat kebahagiaan itu sebenarnya dari dalam diri sendiri..
Semuanya berpunca dari hati kita.
Lalu kita sirnakan di wajah...
Memberi senyuman seikhlasnya kepada orang lain.


TENANG.

Memang amat payah sebenarnya mencari ketenangan.
Ketenangan tidak dapat di cari dengan wang dan harta benda.
Segalanya berada di dalam hati.
GEMBIRA.

Menggembirakan orang lain, 
pastinya dapat menggembirakan hati kita sebenarnya.


MASALAH.
Mendengar dan merasakan empati terhadap masalah orang lain,
sebenarnya dapat membantu memberi motivasi terhadap diri sendiri.

Apabila mendengar masalah dan penderitaan orang lain,
bersyukurlah!
Kerana ujian orang lain lagi hebat daripada ujian kita.
Allah tidak akan uji sesuai dengan tahap kemampuan kita sebenarnya.


MOTIVASI.

Ukhuwah antara manusia ini umpama bangunan ,
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Kita yang berserabut dengan masalah,
secara automatiknya akan termotivasi 
dengan mendengar dan berkongsi masalah dengan orang lain!
Percayalah..
dengan memberi kekuatan kepada orang lain,
sebenarnya dapat memberikan kekuatan motivasi untuk diri sendiri.


HIDUP PERLU DITERUSKAN!

Ya, benar.
Walau apa yang terjadi 
Walau badai ombak melanda
Walau susah payah jerih yang mendatang
Walau retak hati
..HIDUP ini perlu diteruskan!
..Ranjau berduri perlu diredah.
Segala2nya perlu diteruskan!!


YAKIN ALLAH BERSAMA.

Allah sentiasa berada di sisi hambaNYa..
Selangkah hamba kepada Allah,
seribu langkah Allah dekat pada kita.
Apabila sedar diri kita disayangi Allah
pastinya langkah yang kita aturkan terasa bersemangat!


BUKAN TIDAK REDHA..

Ujian yang Allah berikan kepada kita..
segala2nya kita adukan dan merintih kepada Allah
Bukannya tidak redha dengan ujian tersebut,
sekadar ingin mengadu dan memohon pertolongan dari Allah.

UJIAN TIDAK SAMA.

Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza2
sesuai dengan tahap kemampuan masing2.
Allah pasti tidak akan menzalimi hamba2Nya.
Yang penting berlapang dada dan bersyukur 
dengan semua ketentuan yang Allah aturkan.


HUSNU ZHON.

Bersangka baik dengan segala yang Allah berikan.
Sama ada susah atau senang dalam kehidupan.
Pastinya ada 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat.
Syaitan pastinya memainkan peranan untuk membuatkan kita 
sentiasa bersangka buruk dengan segala ketentuan Allah.
"Mengapakah Allah tidak memberi apa yang aku minta,
sedangkan telah banyak usaha yang aku buat?"
"Adakah Allah tidak sayang kepada aku lagi?"
Na'uzubillah..


KASIH SAYANG.

Berkasih sayang sesama manusia
pastinya akan menenangkan hati kita.
Saling redha meredhai antara satu sama lain.

Sayang seorang bapa kepada anak,
sayang seorang suami kepada isteri,
sayang seorang kawan kepada kawannya..
terasa indah kasih sayang tersebut 
sekiranya segala2nya dilakukan 
semata2 ingin mencari keredhaan Allah.


KAYA HATI!!!

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w.:
"Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini punca segala2 
KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT!

ربنا اتنا في الدنيا حسنة 
 وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار


Siap dinukilkan
3.00 a.m
27 Julai 2011.
26 degree.
Alhamdulillah!



No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com