Wednesday, May 4, 2011

Sanah Helwah Ya Faseh!

Bismillah Walhamdulillah..

3 Mei 2011.

Hari Selasa yang cerah dan ceria.Alhamdulillah anak2 semua bangun dengan mudah.
Ummi goreng telur untuk Jannah dan lempeng untuk Faqeh.
Memang ini makanan kegemaran mereka berdua.

Pagi.

Ummi membantu abi menyiapkan ass abi.Moga Allah mudahkan urusan abi.
Faseh bangun agak lambat kerana malam semalam dia tidur pukul 12.
Anak bertuah betul..

Hari ini genap usianya 4 tahun.Sekejap jer masa berlalu.
Baru semalam rasanya ummi melahirkan Faseh.

Sejarah kelahiran Faseh amat unik sebenarnya.Ummi bersalin di hospital Kuantan.
Beberapa hari ummi dimasukkan ke wad,namun jalan masih belum terbuka.
Abi ada kerja di Terengganu.
Ketika sakit ummi datang dengan teruk,abi masuk sekejap ke labour room.
Doktor minta kebenaran abi untuk meng'operate' ummi memandangkan jalan masih belum terbuka.
Abi dengan redha dan pasrahnya menandatangani surat tersebut.

Namun, keajaiban Allah berlaku.Alhamdulillah..
Beberapa orang jururawat menolong ummi untuk bersalin secara normal,memandangkan kepala baby sudah kelihatan.Alhamdulillah..syukur sangat2.
Ummi pada masa tersebut sudah tidak bertenaga lagi , namun berusaha sedaya upaya untuk meneran untuk keluarkan baby kesayangan ummi ni.

Alhamdulillah setelah bertarung dengan dibantu beberapa orang jururawat yang baik hati..
akhirnya...selamat semuanya..Syukur sangat2 pada Allah.

Itulah detik2 sejarah untuk ummi melahirkan Muhammad Fssehuddin .Dan Alhamdulillah..ummi dapat menyusukan susu badan sepenuhnya selama 2 tahun.Alhamdulillah..susu itu anugerah rezeki tidak ternilai dari Allah sebenarnya..
 Sehinggakan sesetengah bijak pandai menyamakan susu ibu dengan cecair emas! Subhanallah!
Banyak faedahnya menyusukan dengan susu ibu ini.

Tengahari.
"Faseh nak apa petang nih? Kinafah ker kek atau aiskrim?"-Tanya abi.
Dengan penuh yakinnya Faseh menjawab.," Faseh nak tiga2 " sambil menunjukkan 3jarinya.
Kami tersenyum dengan gelagatnya yang semakin hari semakin pandai dan bijak bercakap.
Moga jadi anak yang soleh yer...Bahagiakan ummi abi dunia akhirat,amin!


Petang.

Abi beli kek coklat kegemaran Faseh.Gembira sangat mereka bertiga.
Faqehlah yang paling suka sangat makan kek nih.

"Sanah Helwah ya bathol..."




Malam.

Setelah selesai semuanya, Jannah dan Faqeh tidur.Yang tinggal cuma Faseh sahaja.
Seronok bermain2 lagi.
Abi balik , beli aiskrim pula.Faseh makan sikit.Esok nak lagi katanya.

Dan sekarang jam menunjukkan 2.30 pagi.

Ummi mengadap laptop abi.Laptop ummi tidak dapat dibaiki.Skrinnya rosak.Hanya separuh yang elok,separuh lagi tak nampak apa2.Nak beli skrin sahaja mencecah RM 500 di sini.Abi kata biarlah dulu.
Lagipun kena simpan duit juga sekarang untuk kelahiran baby kami nih.Insya Allah,nanti adalah rezekinya.
Ya Allah..berkatilah kehidupan kami..murahkan rezeki kami,amin!

Selamat malam!!!

p/s: lambat betul loading..dah ngantuk nih.esoklah upload yer gambarnya.



No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com