Saturday, May 14, 2011

Eid Milad Sa'ied Tok Abah dan Tok Ma!!!

Bismillah Walhamdulillah..

10 Mei 2011.

Hari Selasa yang cerah.Anak2 ke sekolah seperti biasa.Alhamdulillah semuanya kembali normal seperti biasa.Faqeh sudah tidak buat hal pagi2.Minggu ini mood dia ,alhamdulillah.

Hari ini ..genaplah usia tok abah 55 tahun.Eid Milad Saied Tok Abah..( Selamat Hari Lahir Tok Abah).Nanti Jannah bagi hadiah lukisan yer.Sekarang Jannah tengah tidur,nanti dia bangun,ummi suruh dia buatkan hadiah untuk Tok Abah yer...


11 Mei 2001.

Hari Rabu yang cerah.Alhamdulillah..

Abi ke Amman pagi ni untuk urusan iqomah.Tapi tak selesai lagi.Esok perlu ke Amman lagi.Moga Allah mudahkan urusan kami semua,amin!

Ummi masak nasi minyak ayam goreng rempah hari ini.Alhamdulillah..dah lama ngidam nak makan.Hari ni baru berkesempatan nak memasaknya.

12 Mei 2011.

Hari Khamis yang ceria,alhamdulillah..

Abi sekali lagi ke Amman untuk urusan yang sama,Namun masih belum selesai lagi urusannya.Insya Allah minggu depan selesailah,amin!

Abang Faseh bangun agak lambat hari ini.Ummi bukak channel MBC Max kat sini.Ada translation dalam bahasa Arab.Sambil2 tengok cerita, ummi salin beberapa perkataan yang tak faham dalam buku,abi balik nanti ummi tanyakan maksudnya..

Tengok citer Invisible Mom..Seronok dan happy ending ceritanya.Walaupun filem tersebut tahun 1997,tapi tahun 2011 baru ummi tengok.Siap ada Invisible Mom 2 lagi.
Mengisahkan seorang ibu yang terasa dipinggirkan oleh anak lelaki dan suaminya sendiri.Suaminya seorang professor yang sibuk.Suatu hari eksperimen suaminya untuk 'menghilangkan' benda berjaya, tetapi isterinya terminum cecair tersebut,mengakibatkan isterinya 'ghaib'.
Maka bermulalah episod Invisible Mom...

Antara perkara menarik dalam filem ini (menurut pendapat ummi lah..)

1-Hargai ibu anda ketika dia masih ada-dlm filem ini,anaknya baru terasa ibunya amat beharga kepada dirinya setelah ibunya "tak nampak"..siap berjanji akan kemaskan biliknya selalu dan tidak akan buat nakal lagi.

2-Hargai isteri anda- sebelum  ini suaminya memang tiada masa untuk makan bersama isterinya, namun setelah isterinya ghaib,barulah terasa pentingnya kehadiran seorang isteri.

3-Memang sifat manusia...apa yang ada jarang disyukuri..apa yang tiada sering dirisaukan..nikmat yang ada, barukan terasa bila sudah tiada lagi...

Dalam Islam memang kita digalakkan untuk sentiasa mensyukuri semua nikmat yang kita ada..
sepertimana firman Allah:

  Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah) dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
Aal-e-Imran [3:145]

Moralnya:
Hargai insan yang anda sayangi sebelum ianya terlambat...

 Dekat2 nak bersalin nih..sempat lagi ummi layan filem2 nih.Tapi memang menurut satu laman web,selain banyakkan doa dan baca Quran,terapi sebegini juga perlu bagi menenangkan perasaan sebelum saat2 bersalin nanti.Antara lainnya..mandi air suam,main game (ummi tak minat main game) dan tonton filem yang memberi ketenangan.Moga Allah mudahkan urusan kami ..amin!

13 Mei 2011.

Hari Jumaat yang agak sejuk di pagi hari.Mengikut ramalannya light rain hari nih.Memang sejuk sangat.Menjelang tengahari hujan turun ..suasanapun sudah bertukar gelap.

Pada asalnya abi mengajak Faqeh untuk solat Jumaat,namun terpaksa dibatalkan memandangkan suasana sejuk dan hujan.Roller blade di jamiah juga dibatalkan memandangkan abi akan menghadapi imtihan nihaie(final exam) hari Isnin ini.

Anak2 tidur di ruang tamu semuanya.Termasuk Faseh.Dia tidur atas meja bulat yang rendah,dihamparkan firasy..akhirnya tertidur dalam kesejukan tanpa selimut.Sabar jerlah.

14 Mei 2011.

Hari Sabtu yang sejuk.Sudah turun hujan di awal pagi.Abi bangun terus jengok anak2 kat ruang tamu.Abi angkat Faseh masuk dalam bilik,selimutkan dengan selimut tebal.Kesian pulak tengok dia.Malam semalam beriya2 mahu tengok cerita Pinochio kat tv.Akhirnya tertidur depan tv.

Memang setiap pagi , abi akan menjenguk anak2 dulu.Pastikan mereka tidur dalam keadaan yang selesa,tidak sejuk.Dan sekiranya selimut terselak,abi akan selimutkan mereka dengan penuh kasih sayang.Itulah kasih sayang seorang bapa !!!

Kalau diikutkan ,memang terlalu banyak pengorbanan ibubapa terhadap anak2nya.Kita tidak akan dapat merasai pengorbanan ibubapa sehinggalah kita sendiri yang menjadi ibu dan ayah.Sungguh, bila merenung dalam2 wajah anak2..tersasa peritnya membesarkan mereka...
dan semua keperitan itu sudah dilalui oleh ibubapa kita sebenarnya...
dan pada saat itu,barulah kita terasa...betapa sayangnya ibubapa terhadap kita...
hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa..
Oh tidak....rindunya NAK BALIK MALAYSIA!!!!
(tiba2 jer keluar ayat gini..^__^)

Hari ini merupakan hari lahir tok ma...
Sanah Helwah ya Tok Ma..nanti nak suruh Jannah buatkan sesuatu untuk Tok Ma..

Sekarang masih pagi lagi.Jannah dan yang lain masih tidur lagi.
Oklah ummi pun nak buat sarapan sekejap.Nanti ummi sambung lagi yer..


No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com