Sunday, April 3, 2011

Terimakasih Tok Ma dan Tok Abah.

Bismillah Walhmadulillah..

2 April 2011.

Hari Sabtu yang cerah terang benderang.Ahlan ya soifi....dan masuk musim panas!Baru terasa kepanasannya..Anak2 sudah pakai baju yang agak nipis.Apa yang menggembirakan mereka ialah..bila tibanya musim panas..

-boleh makan aiskrim banyak2!
-boleh main roller blade!
-boleh pakai baju nipis jer!
-boleh mandi tiap2 hari!
-dan yang penting tak perlu pakai stokin dalam rumah lagi!
Bagi Faqeh boleh start aktiviti memanjat pintu dengan mengkangkangkan(baca elok2) kaki kerana tak pakai stokin.(Nanti ada masa ummi snap gambar dia tengah beraksi!)..

Tengahari.
Barang2 kiriman tok abah dari Malaysia dah sampai.Tok Ma kirim kepada kawan abi yang pulang ke Malaysia baru2 ni.Inilah kemanisan berukhuwah hidup di perantauan nih.Terimaksaih banyak2!

Tok Ma dan Tok Abah  kirim peralatan menulis kepada cucu2 mereka yang kuat sangat melukis dan menulis nih.Kaler kat sini tak seterang kaler luna di Malaysia.Kak Jannah gembira sangat dapat kaler dan alat2 menulis yang lain.Terimakasih tok Ma dan Tok Abah!

Untuk ummi dan abi dikirm serunding dan keropok warna warni.Alhamdulillah..

terimakasih tokma dan tok abah.

sajer buat muka cenggituh faqeh nih..

Petang.

Acik Shida dan Acik Nita yang merawat gigi JAnnah dan Faqeh ada datang.Mereka memerlukan maklumat tentang pemakanan anak2 ummi nih.Apa yang menggembirakan budak2 nih,acik2 datang bawa buzhoh!(aiskrim) sekali.Apalagi,terus dimakan dengan acik2!Terimaksih banyak2 dik..

buuzhoh dan kinafah!

Malam.

Abi balik ke rumah dalam keadaan letih.Seharian di maktabah.Study untuk imtihan esok.Bittaufiq ya habibi!
Rezeki anak2...abi bawa balik pelbagai jenis coklat!Anak murid abi yang beri pada abi.Kat Jordan nih memang glamour coklat2 nih.Hatta..setiap rumah arab akan dijamu coklat dan kohwah setiap kali tiba hari raya.Tiadanya rendang ketupat dan segala macamnya..^__^.





Malam ni anak2 start tidur di bilik sebelah.Sebelum ini tidur di bilik abi ummi,kerana menjimatkan pemasangan sobah.Dan sekarang sudah masuk musim panas,mereka akan tidur di katil masing2.Pada mulanya,Faqeh agak payah melelapkan mata kerana tidak biasa tidur tanpa ummi dan abi.Kak Jannah,alhamdulillah..dah selamat tidur.

Namun,alhamdulillah..setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya terlena juga.Harapnya tidak mengigau menangis seperti malam semalam yer Faqeh!

Oklah ummi pun dah nak tidur.Yang lain semuanya sudah selamat belayar!

p/s:Gambar masih dalam proses loading..dan asyik pending jer!
Alhamdulillah,setelah sejam lebih,baru blh upload gmbar2 nih.Internet agak lembap sejak 2menjak nih.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com