Saturday, April 23, 2011

Diari 20 - 22 April 2011.

Bismillah Walhamdulillah...

Hari ni 23 April 2011.
Hari ini agak cerah ..tapi masih lagi sejuk...
Beberapa hari tidak menulis di sni.Sejuk..bermakna ...mengantuk..^__^.
Tapi hari ni ummi gagahkan diri menulis.

20 April 2011.
Rabu lepas.Cuaca sudah agak panas.Anak2 ke sekolah seperti biasa.
Alhamdulillah Faqeh bangun dengan elok dan ke sekolah tanpa meragam...

Ummi sudah ketagih sekarang...
Ketagih apa nih..
hentahlah sejak dua menjak nih..ada 2 benda yang ummi ketagih.
Air gas dan uga bau minyak mestika.
Air gas ..hm..memang tak bagus untuk kesihatan sebenarnya.
Jadi..ummi tahan keinginan untuk minum air gas nih.Dan setelah seminggu minum, sekarang ummi dah stop.Cuba cari minuman alternatif lain sekarang.

Tapi..bau minyak mestika memang tak dapat nak berhenti.Setiap hari mesti nak bau keharuman minyak tersebut.Ada sakit2 sikit,mesti urut dan hidu dalam2 bau minyak tersebut..
Aduh....sedap dan wangi sangat baunya.
Pelikkan?Hentahlah..baby dalam perut yang suka sangat baunya kot...
Alhamdulillah..banyak botol juga bawa dari Malaysia.



KETAGIH! Inilah air gas dan minyak mestika tersebut.

 
21 April 2011.
 Hari Khamis yang sejuuuuuuuuuk...
Faqeh terkencing atas katil.Hm..semalam sejuk..tapi dia pakai pakaian nipis.
Sabar jerlah...anak jantan ummi nih.Hari ni bangun awal..dan ke sekolah seperti biasa.

Petang,ke balad untuk muroja'ah ( rutin bulanan ummi ).Sekarang sudah masuk 35 minggu,dan ummi kena pergi 2minggu sekali.Kami ke klinik Arwah Lina Haloubuni.Namun ,sudah ditutup.Perkhidmatan disediakan setakat pukul 2 petang sahaja.

Kami ambil keputusan untuk ke klinik lain.Tingkat 4,ada seorang dr perempuan.Klinik ini sudah dikunjungi oleh Nurul dan Nadiah yang juga mengandung.Alhamdulillah..kami disambut mesra oleh Dr Ahlam yang ceria.Alhamdulillah...abi dibenarkan masuk untuk melihat ketika perut ummi discan.

Subhanallah...ajaib sungguh kejadian Allah..didiami bayi di dalam rahim ibu sebelum dilahirkan ke dunia.Alhamdulillah..semuanya normal.Kepala baby sudah berada di bawah.Tunggu masa nak keluar jer.Tangan dan kaki semuanya sempurna,alhamdulillah.
"Your BABY IS BOY..."..alhamdulillah..aktif semacam jer sekarang nih.

Selepas itu,kami membeli barang2 keperluan.Abi beli roller blade untuk Kak Jannah.Bola untuk Faqeh dan Faseh.Gembira sangat budak2 nih.

Petang..acik2 CI datang ambil Jannah dan Faqeh untuk mereka tidur di rumah acik2.Gembira sangat2 mereka berdua.Faseh pada mulanya nak ikut juga acik2 nih,tapi setelah dipujuk..dia tinggal bersama abi dan ummi.Nanti sunyi pulak abi..takder kawan nak berlawan dan bergusti.^__^.

Terimakasih adik2 yer ..sudi menggembirakan anak2 ummi nih..


Sebiru langit ..seindah hati kita...

Nur Iz Nur...Payah arab nak tulis nama ummi nih.
Umur dah 30???hm..dah tua dah rupanya..





22 April 2011.

Hari Jumaat yang sejuk...
Ummi ke Masjid thaal untuk program Tafaquh.
Alhamdulillah..setelah beberapa lama ummi tidak berpeluang untuk mengahdiri pengisian ilmu ini,
akhirnya hari ini diberi kesempatan untuk menghadirinya.
Jannah dan Faqeh juga ke sana bersama acik2.

Dalam perjalanan balik,ummi beli batikh (tembikai).Acik Diha yang tolong bawakan.
Faqeh main bolanya.Tiba2..bola melantun ke bawah kereta.Seorang pakcik arab tolong ambikkan bola tersebut.Sabar jerlah faqeh nih.Geram betul dibuatnya.Dah pesan awal2 jangan main tepi jalan.
Akhirnya bola tersebut dapat diselamatkan.
Namun,sekarang bola tersebut dah jadi arwah.Sudah kempis.Dia minta abi beli yang baru.Bola abang Faseh masih elok lagi.

Petang.
Rancangnya mahu bermain roller blade..tappi hujan agak lebat turun.Suasana juga amatlah sejuk.Terpaksa dibatalkan hasrat tersebut.Mungkin esok, hari Sabtu baru ada peluang.
Hujan yang sungguh indah di musim bunga yang sekejap panas,sekejap sejuk.
Subhanallah...indah dan ajaib ciptaanMu..

Malam.
Tidur dalam sejukkk..Anak2 tidur sambil tengok laptop.Akhirnya tertidur di depan laptop.
Selamat malam.







No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com