Monday, April 11, 2011

Belajar Bahasa Arab Bersama Jannah dan Faseh.

Bismillah Walhamdulillah..

10 April 2011.

Hari Ahad yang agak cerah.Namun sejuk juga sebenarnya.Alhamdulillah..anak2 bangun awal.Namun,Faqeh perlu dipujuk seperti biasa oleh abinya.

Pagi.
Mengemas2 rumah dan memasak agak awal..ummi agak kepenatan.Namun,alhamdulillah..ummi ada lakukan senaman ibu mengandung .Moga ianya membantu mengurangkan kepenatan badan dan dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti,insya Allah.

Ya Allah..Kau keluarkanlah anak ku ini pada hari kelahirannya dengan MUDAH dan SELAMAT...amin!

Petang.
Ummi dan anak2 mengubah posisi perabot bilik tidur kami.Meja ummi diberi kepada anak2.Diletakkan di bilik tidur mereka.Alhamdulillah..gembira sakan mereka.Kak Jannah nak belajar betul2 nanti katanya.Siap nak ajar adik2 nya lagi.

Malam.




kaedah mudah yang diajar oleh cikgu Jannah.
9+5 ( 9 digenapkan menjadi 10 , 5 dikurangkan menjadi satu jadilah 4 )
dibayangkan 10 + 4 =14 SAMA  9+5 = 14

latihan dalam buku matematik Jannah.

buku riyadhiyyat ( matematik ) Kak Jannah.



Faseh belajar bahasa arab.Manakala kak Jannah membuat kerja riyadhiyyat (matematik) bersama abinya.
Seseudah semuanya selesai,mereka tidur awal.
Ummi dan abi tidur lewat malam ini kerena menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensayrah abi.Ummi menolong membuat graf.Alhamdulillah..akhirnya siap juga.

Dan sekarang..sebenarnya sudah pagi Isnin, jam 6.20 pagi.Kak Jannah dah bangun.Ummi nak pergi kejutkan Faqeh dan buat sarapan.

Tengah loading video Faseh dan Kak Jannah..
Video Faseh boleh upload, video Kak Jannah panjang sangat..
tak boleh upload.

Wassalam.

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com