Monday, March 21, 2011

Teori dan Pengalaman.

Bismillah Walhamdulillah..

20 Mac 2011.

Hari Ahad yang cerah,Alhamdulillah.Anak2 ke sekolah tanpa memakai baju yang agak tebal.Faqeh pada mulanya tidak mahu ke sekolah.Mengamtuk katanya.Semalam tidur lewat.Namun,alhamdulillah setelah dipujuk abi...dia mahu ke sekolah.

10.00 pagi.
Ummi dan Kak Aizah ke rumah Zayyani.Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami di sana.Kak Aizah mengurut Zay,sementara ummi merapikan Faris,si baby yang comel itu.Mula2 rasa macam kekok jer..yerlah dah lama tak pegang baby kecik nih.Namun,alhamdulillah..rasa seronok dan tak sabar pula untuk memegang baby sendiri...

'Terimakasih banyak akak2 datang bantu saya'
'Tak menjadi masalah,kita hidup di perantauan nih,jauh dari mak ayah kena saling bantu membantu.Mungkin hari ni hari orang lain,esok lusa hari kita pula'.

Kami berkongsi serba sedikit pengalaman yang ada untuk memberi semangat kepada Zay yang melahirkan anak sulung.Zay merupakan bekas pelajar bidang kedoktoran,yang mana balik ke Malaysia nanti..dia akan bertugas sebagai seorang doktor di hospital kerajaan.

'Kak,walaupun banyak yang dipelajari dalam bidang kedoktoran,namun pengalaman dari orang lama amat penting dan membantu sebenarnya..Teori dan pengalaman berbeza.Kedua2nya diperlukan dalam melayari kehidupan ini..'








2.00 petang.
Kami balik ke rumah masing2.Anak2 ummi ditumpangkan di rumah Kak Abida.Alhamdulillah,jiran yang sangat baik hati.Tolong tumpangkan faqeh dan jannah.Anak2 ummi balik dah kenyang katanya.Alhamdulillah..inilah ukhuwah kami yang terjalin hidup di perantauan ini.Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Ya Allah..eratkanlah ukhuwah antara kami semua,amin!

Anak2 menonton tv yang setelah lama tv rosak.Ummi amat penat,tak larat nak melayan karenah anak2 ummi nih.

Malam.
Tidur awal semuanya.Cuaca agak sejuk.Hujan turun .
Siang tadi cuaca agak panas.Subhanallah..aturan alam sungguh unik sekali.
Selamat malam ..

...seperti biasa..gambar dalam proses..tak upload dalam laptop lagi.dah ngantuk nih...
tak boleh dah upload gambar..katanya terlebih kapasiti..sedihnyer..
dah tukar domain baru..alhamdulillah..

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com