Sunday, March 27, 2011

Selamat Dunia Akhirat,amin!

Bismillah Walhamdulillah..

27 Mac 2011.

Hari Ahad yang agak cerah.Boleh tahan jugak sejuk hari ini.
Anak2 ke sekolah hari ini.Faqeh agak liat nak bangun.

"Abi,tolong pujuk Faqeh bangun"
Sudahnya..misi abi tidak berjaya..
dan akhirnya misi memujuk diselesaikan oleh anak dara..

"Hanya kanak2 memahami kanak2,Kak Jannah ..soo clever!syaturah!"
Hm..sejak dua menjak ni,ada jer perangai Faqeh pagi2..
payah nak bangun,nak duit lebih,,,hai anak teruna ummi sorang nih.

Ketika sedang menunggu bas,Faqeh menjerit dari bawah..
"Ummi,tadi abi janji nak tunggu sama2 dengan kitaorang kat bawah"
..Sudahnya abi terkocoh2 turun ke bawah setelah teringat perjanjian dengan mereka hari ini.
Abi ada imtihan hari ni sebenarnya..dan perlu study..tapi abi luangkan 10 minit bersama anak2 kat bawah.FAsehpun ikut sekali teman kakak dan abangnya ke sekolah.

Biasanya ..hanya ummi meneman anak2 dari balkoni rumah kami.Apabila bas sampai,ummi lambaikan tangan pada mereka.Tak larat nak turun ke bawah sebenarnya.
Tapi mungkin anak2 ummi lihat jiran kami,Kak Abidah setiap hari meneman anak2nya di bawah.
Tapi ummi pujuk katakan pada Jannah..ummi tak larat turun,lagipun ummi nampak dan selalu lambai dari balkoni rumah kita.Jannah memahami,alhamdulillah!


Ummi nak cerita tentang demonstrasi yang berlaku di Amman dan Irbid Jumaat lepas...
Dua malam yang lepas..kul 1 pagi,kedengaran bunyi bising2 depan imarah kami.Apabila dibuka tingkap..kereta banyak dan bunyi hon amatlah kuat.Tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Setelah dilihat fb adik2 kat Irbid nih,rupa2nya berlaku demonstrasi di Amman petangnya..iaitu hari Jumaat lepas.Dan malamnya merebak sampai ke Irbid pula.YA Allah,lindungi kami dari sebarang mara bahaya..amin!


130 cedera,seorang terbunuh.berita lanjut boleh dilihat di sini.
Subhanallah, Masya Allah..lihat videonya sudah rasa gerun di hati.
Berlaku di ibu negara Jordan ,Amman.
Lebih kurang 2jam perjalanan dari Irbid,tempat tinggal kami sekarang.

Hanya pada Allah..tempat kami memohon keselamatan..
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. Al-Maeda [5:16] 


Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Yunus [10:57]  

"Ya Allah..selamatkan kami di dunia dan akhirat,amin!"
Alhamdulillah,keadaan di sini sudah kembali normal seperti biasa sekarang.


Petang.
Anak2 menonton tv.Faseh tertidur keletihan.
Ummi bermesyuarat tingkap di FB.

print screen dr fb..

Moga Allah mudahkan urusan kami hari Jumaat ini untuk menyambut tetamu2 kehormat dari Malaysia nih.

dan hari Sabtu nih Kak Jannah akan bertanding hafazan hadith di Amman.
Ya Allah,kuatkan ingatan dia dan mudahkan urusan dia menghafaz di saat2 terakhir ini,
lancarkan lidahnya,,,amin!

Oklah ..ummi nak sedia makan malam untuk anak2 ummi yang sudah kelaparan nih.
Ada msa,umi sambung lagi yer..

No comments:

About

x

nuff

bground

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com